Seni & Sukan 03 Oct, 2020

1,000 Mediator Komuniti! Bantu selesai konflik masyarakat!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

TIDAK ramai dalam kalangan masyarakat negara ini yang mengetahui tugas dan peranan Mediator Komuniti kerana ia jarang diketengahkan oleh pihak tertentu menyebabkan fungsinya tidak diketahui umum. Diharapkan perkara ini akan berubah tak lama lagi. : KitaReporters

Peserta menerima sijil penyertaan Persidangan Mediator Komuniti Peringkat Negeri Terengganu  yang diadakan di Kuala Terengganu


Mediator Komuniti adalah pihak ketiga yang berusaha mendapatkan penerimaan pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu konflik sosial untuk mencari titik-titik persetujuan yang boleh diterima oleh semua pihak utama dengan harapan perhubungan mereka tidak terus merosot, malah bertambah positif. 

Sejajar dengan visi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Kementerian Perpaduan Negara sebagai peneraju perpaduan dan keharmonian negara Malaysia, mediator ini dilihat paling sesuai digunakan sebagai “intervensi” jika timbul insiden yang tidak diingini berlaku di dalam komuniti.

Di Malaysia, Akta Mediasi 2012 telah pun diluluskan bagi menjamin kelancaran proses mediasi. Akta ini juga telah memperincikan ciri-ciri mediasi yang diiktiraf.

Seorang penceramah undangan menyampaikan ceramah mengenai tanggungjawab Mediator Komuniti menyelesaikan kes dalam kalangan masyarakat


JPNIN telah mengambil inisiatif untuk merangka program mediasi dan memperkenalkan Mediasi Komuniti mulai tahun 2007 yang bertujuan melahirkan lebih ramai orang tengah atau mediator pada peringkat komuniti.

Mulai tahun 2009, JPNIN secara serius melatih Pegawai Perpaduan dan Pengerusi Rukun Tetangga menjadi pendamai dalam konflik komuniti dikenali sebagai Mediator Komuniti (MK).

Peranan dan bidang kuasa MK diperkukuhkan dan diiktiraf seperti yang terkandung dalam Akta Rukun Tetangga 2012 di bawah peraturan 8 (d) iaitu “menyediakan pengantaraan dalam masyarakat bagi maksud pendamaian atau selainnya menyelesaikan apa-apa pertikaian atau perselisihan dalam kalangan masyarakat."

Peserta yang mewakili Mediator Komuniti Kawasan Rukun Tetangga dan Pegawai-Pegawai Perpaduan Daerah yang menghadiri persidangan Mediotor Komuniti Peringkat Negeri Terengganu


Mediator Komuniti berperanan membantu menyelesaikan isu-isu konflik termasuk isu perpaduan dalam komuniti. Mediasi bermaksud proses mencari penyelesaikan dalam isu atau konflik yang berlaku melibatkan 2 pihak atau lebih yang berkonflik yang dikendalikan oleh MK. 

Sebenarnya, MK telah diwujudkan di seluruh negara di dalam Kawasan-Kawasan Rukun Tetangga bagi membantu menyelesaikan isu-isu komuniti. 

Ketika ini lebih 1,000 MK berdaftar disenaraikan di lokasi ya g mempunyai Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di bawah JPNIN yang berperanan menyelesaikan konflik masyarakat.

Pengarah JPNIN Terengganu Burhanuddin Daud menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta


Di Terengganu, JPNIN mempunyai 25 Mediator Komuniti yang bersedia menjalankan tugas dan tanggungjawab untuk menyelesaikan kes-kes yang berkaitan koflik masyarakat. 

Pengarah JPNIN Terengganu, Burhanudin Daud berkata, bagi meningkatkan kemahiran MK mengendalikan tugas pihaknya sentiasa menganjur pelbagai program termasuk kursus dan persidangan mediator bagi melangkapkan mereka dengan ilmu pengetahuan baharu mengikut perkembangan semasa. 

Pengarah JPNIN Terengganu Burhanuddin Daud


Sehubungan itu, katanya, pihaknya baharu selesai mengadakan sesi persidangan selama dua hari yang diadakan di Kuala Terengganu pada 25 dan 26 September 2020 yang disertai 25 peserta dalam kalangan MK dan pegawai jabatan terbabit. 

Katanya, persidangan dua hari itu dikendalikan dua pegawai kanan dari ibu pejabat JPNIN, Putrajaya dan peserta diberi latihan mengendalikan kes secara berkumpulan. 

Burhanuddin berkata jabatan sentiasa bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi berkaitan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu tugas mediator negeri ini menjalankan tugas masing-masing. 

“Masyarakat yang menghadapi masalah dan isu berkaitan komuniti tidak perlu merujuk kepada mahkamah sebaliknya Media Komuniti sedia membantu menyelesaikan kes secara percuma,” katanya. - KitaReporters

Peserta persidangan diberi latihan kaeadah menylesaikan kes-kes yang berlaku dalam kalangan masyarakat.

6
1
0
0
0
You will be interested