Seni & Sukan 26 Dec, 2022

Video| Piala AFF 2022: Kim Pan-gon yakin! Malaysia mampu dapatkan 3 mata penting! Berlawan Vietnam!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


PENGENDALI skuad kebangsaan, Kim Pan-gon memaklumkan pasukannya akan turun memburu kemenangan dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan menentang Vietnam pada 27 Disember 2022. 

Pan-gon mengakui tuan rumah membariskan pemain terbaik namun beliau percaya pemainnya dapat memberi sesuatu dalam perlawanan itu. Kemenangan sangat bagi kem negara untuk memastikan tiket ke separuh akhir terjamin lebih awal. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala AFF


Ketika ini, Malaysia mendahului carta kumpulan B namun Vietnam kekurangan satu perlawanan dan mereka sedar ia bukan tugas mudah bermain di tempat lawan. 

Biarpun cuaca di Hanoi ketika ini sedikit berbeza berbanding di Malaysia tetapi bagi jurulatih dari Korea Selatan ini tidak mahu jadikan ia sebagai alasan sebaliknya akan memastikan anak didiknya turun untuk memburu mata penting. 

Untuk skuad Vietnam pula, mereka sudah pasti ingin memastikan kemenangan di halaman sendiri dan tidak mahu terlepas mata dalam perlawanan ini. 

Jurulatih mereka, Park Hang-seo pula secara awal-awal sudah memulakan perang saraf kepada kem Malaysia.  



Bagi jurulatih tersebut, pemain yang dibawa kali ini jauh lebih hebat berbanding sebelum ini dan menganggap Malaysia pasukan pilihan dalam perlawanan tersebut. 

Semua sedia maklum, Hang-seo sememangnya seorang jurulatih yang suka bermain psikologi terhadap lawan yang akan mereka hadapi. 

Mungkin beliau juga sedia maklum bahawa dalam skuad Malaysia ketika ini ada beberapa pemain yang bermain di Kelayakan Piala Asia sebelum ini tiada dalam pasukan untuk kejohanan kali ini. - KitaReporters


Kredit foto-foto: FB FAM

20
9
0
17
0
You will be interested