Seni & Sukan 13 Dec, 2022

Video| Alamak! Jersi bola sepak Kedah promosi LGBT? Penyokong tak dibenarkan masuk stadium di Qatar!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


DI SEBALIK kehangatan Piala Dunia 2022 di Qatar yang semakin menghampiri kemuncak, ada berita menarik apabila seorang penyokong Malaysia dilarang memasuki stadium kerana jersi yang dipakainya disyaki mempunyai unsur-unsur promosi LGBT.

Zulfadli Ahmad Tajuddin, penyokong yang datang dari Johor itu ditahan hampir setengah jam untuk disiasat setelah jersi berpetak warna-warni itu menimbulkan keraguan pihak keselamatan di pintu masuk stadium kerana disyaki mempunyai unsur-unsur warna pengamal LGBT.

Fahaman dan promois LGBT buat pertama kalinya dilarang di Piala Dunia apabila Kerajaan Qatar bertegas menghalang serta mengharamkan sebarang fahaman atau unsur promosi golongan songsang ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pengulas sukan Jasni Shafie


Zulfadli yang memakai jersi pasukan bola sepak Kedah yang mempunyai corak berpetak warna-warni berkata dia ditahan hampir setengah jam di pintu masuk Stadium Al-Byat sementara menantikan pihak keselamatan mendapatkan maklumat mengenainya.

``Saya terpaksa Google dan menunjukkan gambar jersi ini sebenarnya adalah jersi rasmi sebuah pasukan bola sepak di Malaysia,’’ dedahnya ketika ditemu bual dalam program Dari Tepi Padang bersama pengulas sukan tanah air, Datuk Jasni Shafie di Qatar.

Menurutnya, setelah melihat gambar itu dan pegawai atasan keselamatan stadium berpuas-hati, barulah dia dibenarkan memasuki stadium untuk menyaksikan perlawanan.

Ditanya oleh Datuk Jasni mengenai perasaannya ketika itu, beliau berkata: ``Saya cemas dan sudah mula membayangkan akan kecewa amat sangat kalau tak dibenarkan masuk. Saya difahamkan bahawa mengamalkan seks songsang (LGBT) di Qatar adalah dilarang sama sekali dan boleh dipenjara."

Pengalaman menarik Zulfadli  ini boleh diikuti dalam program Dari Tepi Padang yang bersiaran dalam Facebook dan YouTube. Peminat boleh melayari program ini di https://fb.watch/hnEJnKvY0u/



Program Dari Tepi Padang ini menampilkan hos Jasni yang bersiaran secara langsung dari Malaysia dan Qatar dengan membawakan pelbagai cerita di balik tabir sebagai infomasi kepada peminat bola sepak tanah air sempena Piala Dunia Qatar 2022 ini.

Ia juga menawarkan hadiah melalui kuiz bole sepak dengan hadiah bonanza pakej percuma menonton perlawanan Manchester United di Old Trafford. - KitaReporters


11
8
0
13
0
You will be interested