Balu Allahyarham Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali, 31, bersyukur dengan keputusan berhubung ganti rugi yang memihak kepadanya dan berharap plaintif iaitu pelawak Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya tidak melengah-lengahkan urusan pembayaran sebanyak RM60,000 yang telah diperintahkan oleh mahkamah pada 28 Disember 2022.
"Alhamdulillah, syukur kepada Allah keputusan rayuan mahkamah telah diputuskan, juga memihak kepada saya.
"Semoga pihak di sana tidak melengah-lengahkan lagi segala urusan pembayaran mengikut perintah mahkamah yang ditetapkan," katanya.
Isteri kepada Allahyarham Abam Bocey atau Syed Umar Mokhtar al-Juffrey Syed Mohd Redzuan berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya pada Rabu, 4 Januari 2023.
Dalam pada itu, Hidayah turut mendoakan agar dia dan anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey, 4, dapat meneruskan kehidupan lebih baik selepas ini.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan mereka berdua.
Sebelum ini, Hidayah mengemukakan saman terhadap Ali Puteh atas dakwaan perkongsian pelawak itu dalam laman sosial telah menjatuhkan maruahnya. Antara perkongsian tersebut menggambarkan Hidayah seorang isteri yang jahat serta tamakkan harta pusaka suaminya.
Mahkamah menolak rayuan Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 34, dan tiga ahli keluarga bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen, Februari 2022 yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi RM60,000 kepada Norhidayah kerana memfitnah pada dua tahun lalu.
Mahkamah turut menolak rayuan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya untuk mengetepikan keputusan mahkamah sama yang menolak tuntutan samannya terhadap usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Norhidayah.
Saman itu berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Aliff Syukri.
Sementara itu, rayuan Norhidayah untuk menaikkan jumlah ganti rugi yang diperintahkan Mahkamah Sesyen selepas membenarkan tuntutan samannya, turut ditolak.
Dalam prosiding yang berjalan secara dalam talian, rayuan Ali Puteh untuk mengetepikan keputusan mahkamah yang memerintahkannya membayar ganti rugi berjumlah RM60,000 kepada kakak iparnya itu ditolak oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh.
/
Kemelut antara Siti Nor Hidayah dan keluarga Ali Puteh tercetus selepas pemergian Allahyarham Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, yang meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Pada Mei 2020, Siti Nor Hidayah menyaman Ali Puteh berhubung kenyataan dibuat pelawak itu menerusi akaun IG. Antara lain menggambarkan Hidayah seorang isteri yang jahat dan tamakkan harta pusaka suaminya.
dan tiga ahli keluarganya juga memfailkan saman terhadap Aliff Syukri dan Siti Nor Hidayah atas dakwaan berkonspirasi dengan niat menjatuhkan maruah dan mengaibkan dengan menerbitkan serta memuat naik video temu bual yang disiarkan secara langsung dalam akaun YouTube usahawan kosmetik itu. - KitaReporters