Seni & Sukan 25 Nov, 2022

Terima kasih cikgu! Anak murid terharu sangat! Cikgu tunaikan janji beri hadiah kalau pandai baca!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


Guru ialah insan yang paling banyak mendidik kita untuk menjadi seorang insan yang berjaya dan berbakti semula kepada keluarga dan masyarakat.

Seorang guru telah membuat perkongsian kisah anak muridnya yang diajarnya itu menerima hadiah daripadanya di atas usaha yang telah beliau lakukan untuk mencapai sesuatu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan seorang cikgu


Beliau telah berkongsikan sebuah rakaman CCTV ketika anak muridnya itu menerima hadiah yang diberikan.

Dikatakan anak muridnya itu menginginkan sebuah mainan kereta control (kawal jauh) jika dia pandai membaca. Oleh kerana dia telah berjaya gurunya itu menunaikan impian anak muridnya ini.

Apa yang dapat dilihat ialah anak muridnya itu dilihat sangat gembira dan memanjat meja dan memeluk guru itu membuatkan rata-rata netizen berasa sebak akan tindakan kanak-kanak ini yang sangat menghargai gurunya itu. 



Rata-rata netizen berpendapat bahawa seorang kanak-kanak sangat menghargai seseorang dan bakal mengingati jasa guru ini sampai bila-bila. - KitaReporters 


17
7
0
8
0
You will be interested