.

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, 45, bercadang untuk menghasilkan album Istimewa berirama tradisional sebagai usaha menyemarakkan lagu tradisional Melayu.


Kredit foto: IG CTDK
Siti sudah mendapatkan sejumlah lagu daripada beberapa pencipta popular. Namun dia masih mengharap lebih banyak ciptaan dan membuka peluang kepada pencipta-pencipta baharu untuk mencuba.
Pak Ngahmeninggal pada 25 September 2018, sementara S Atan meninggal pada 16 November 2024.
Siti Nurhaliza bersama Pak Ngah

Siti menyatakan demikian dalam pertemuan dengan media selepas majlis penyerahan sumbangan bersama Yayasan Nurjiwa anjuran syarikat Inayah Beauty di Lembah Klang baru-baru ini.
Album yang bakal dirakam pada Oktober 2025 nanti adalah album tradisional ketiga dirakam oleh Siti selepas ‘Cindai’ (1997) dan ‘Sanggar Mustika’ (2008).
Lagu irama tradisional meliputi beberapa genre seperti zapin, joget, inang, masri, asli, ghazal, dondang sayang, keroncong, dan pop Melayu.
Tidak mahu irama tradisional dilupakan, Siti menyarankan penyanyi popular generasi muda untuk turut menyelitkan sekurang-kurangnya sebuah lagu irama berkenaan dalam album mereka.