Seni & Sukan 07 Sep, 2025

Video| KO dalam 2 minit 10 saat! Jojo Ghazali tewaskan jaguh Maghribi! Sokongan keluarga, rakyat!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

Jaguh Muay Thai muda negara, Johan “Jojo” Ghazali, mencuri tumpuan apabila hanya memerlukan 2 minit 10 saat pada pusingan pertama untuk menewaskan pencabarnya dari Maghribi, Zakaria El Jamari, dalam aksi ONE Fight Night 35 pada 6 September 2025.




Asakan bertubi-tubi! Jojo terus menghujani lawan dengan tumbukan padu tanpa memberi ruang bernafas. - Kredit foto: Facebook ONE Championship Thailand dan FB Jojo. 


Asakan bertubi-tubi yang dilancarkan oleh anak muda berusia 17 tahun itu terlalu sukar untuk ditangkis oleh lawan, sebelum pengadil terpaksa menghentikan perlawanan dan mengesahkan kemenangan knockout (KO) buat Jojo.

Kejayaan tersebut sekali gus menambah rekod cemerlang Jojo yang kini mengumpul tujuh kemenangan daripada sepuluh pertarungan sejak menyertai ONE Championship.

Aksi pantas dan kemenangan bergaya ini membuktikan bahawa Jojo bukan sahaja menjadi prospek besar dalam dunia Muay Thai, malah berpotensi untuk mengangkat nama Malaysia di persada antarabangsa.


Detik getir! Jojo diuji dengan asakan padu lawan, namun semangat juangnya tidak pernah luntur.

Pertarungan sengit berakhir dengan kemenangan ‘knockout’. Lawan tumbang, pengadil sahkan kemenangan gemilang di pentas ONE Championship.

Jojo meraung penuh semangat di atas gelanggang selepas kemenangannya. -  Kredit foto: Facebook ONE Championship Thailand dan FB Jojo. 


Jojo ketika ditemui selepas pertarungan berkata, kemenangan itu adalah hasil latihan intensif serta sokongan keluarga dan seluruh rakyat Malaysia.

“Saya turun dengan semangat tinggi kerana mahu membanggakan Malaysia. Lawan saya hebat, tetapi saya tahu peluang ada pada pusingan awal. Terima kasih kepada jurulatih, keluarga dan semua peminat yang sentiasa bersama saya,” katanya.

Video perlawanan tersebut turut tular dalam media sosial dan mendapat perhatian peminat tempatan yang melahirkan rasa bangga atas pencapaian luar biasa anak muda kelahiran Malaysia itu. - KitaReporters


Di sebalik setiap juara, ada doa dan restu orang tua. Inilah rahsia sebenar keberanian Jojo dengan kekuatan kasih sayang ayah. 


Detik penuh emosi sebelum masuk gelanggang, Jojo mendapat pelukan semangat daripada adiknya Miki sementara ibunya setia memberi sokongan di sisi.
Di sebalik setiap juara, ada doa seorang ibu. Pelukan inilah yang menjadi semangat sebenar seorang pahlawan. - -  Kredit foto: Facebook ONE Championship Thailand dan FB Jojo. 

13
12
0
8
0
You will be interested