
Terdapat trend pelik, yang dikatakan boleh melegakan tekanan, yang melanda China kini dengan ribuan orang dewasa bergantung kepada puting dewasa untuk mengurangkan gejala tekanan seperti kebimbangan dan insomnia (sukar tidur).
Daripada tekanan yang berkaitan dengan kerja dan beban kewangan seperti gadai janji dan pembayaran kereta, kepada hubungan interpersonal yang kompleks dan kehidupan moden penuh dengan masalah yang menimbulkan kebimbangan.
Rupa-rupanya, orang dewasa Cina mempunyai cara untuk mengatasinya iaitu dengan menggunakan atau menghisap puting versi dewasa.
Beribu-ribu golongan dewasa muda membelanjakan antara 10 dan 500 yuan (sekitar RM6.00 hingga RM294)atau (USD$1.40 dan $70) untuk puting plastik itu.
Ia sering dijual sebagai produk melegakan tekanan dan kebimbangan atau alat bantu tidur, dan bagi ramai orang yang terkesan dengan kehidupan seharian.

Fasa pemasaran mudah ini cukup untuk mencetuskan dorongan membeli.
Platform e-dagang China penuh dengan tawaran untuk pembelian puting dewasa dengan harga bersaing menyebabkan ia antara barangan yang laris dijual secara dalam talian.
Pakar psikologi Cina menerangkan peningkatan populariti puting dewasa melalui konsep yang dikenali sebagai ‘fenomena regresi’.
Tetapi adakah puting dewasa benar-benar membantu melegakan tekanan?
Laman web berita China Sohu baru-baru ini membuat laporan mengenai kegilaan putting dewasa dan menganalisis ulasan media sosial dan ulasan produk yang berkaitan dengan puting dewasa.

Menurut web berita itu, ramai pengguna mendakwa mereka ‘pasti berasa kurang tertekan apabila menggigit atau menghisap puting semasa bekerja,’ ‘tidur lebih nyenyak,’ dan ‘berasa tenang seperti bayi.’
Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa menggunakan puting dewasa untuk jangka masa yang lama boleh membawa kesan kesihatan yang serius.
Dr. Tang Caomin dari Kolej Stomatologi Huaxi, Universiti Sichuan memberi amaran bahawa struktur mulut orang dewasa adalah berbeza sama sekali daripada bayi.
Penggunaan puting dewasa berpanjangan boleh menyebabkan gangguan sendi ‘temporomandibular’, yang mengakibatkan sakit sendi, bunyi klik dan juga pembukaan mulut yang terhad. - KitaReporters