Setelah beberapa kali bermain teka-teki, akhirnya penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 31, sah menjadi isteri kepada usahawan Nik Iruwan Datuk Nik Izani, 38, pada jam 10.11 pagi Sabtu, 18 November 2023 dengan sekali lafaz.
Sebelum ini pasangan ini bermain teka-teki mengenai tarikh pernikahan mereka.
Sebelum ini dikatakan majlis pertunangan berlangsung di rumah baharu Nabila di Selayang, Selangor pada 25 Ogos 2023. Namun Nabila enggan mengesahkannya,
Nabila kemudian memuatkan video dan beberapa foto dalam Instagramnya yang memperlihat lamaran dijalankan. Diperlihat bekas pemandu kereta lumba Formula itu melutut di hadapan Nabila berlatarkan lagu ‘New Chapter’.
Difahamkan, foto dan video berkenaan dirakam seminggu sebelum mereka mengikat tali pertunangan. Nabila dan Nik Iruwan menjalin hubungan cinta sejak awal tahun 2023 tetapi masing-masing menyimpan hubungan daripada pengetahuan umum.
Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd. Razali menerima mas kahwin sebanyak RM22.50 sen dan wang hantaran dirahsiakan. Majlis akad nikah disempurna Jurunikah Ustaz Fawwaz.
Majlis secara tertutup ini dihadiri sekitar 250 tetamu terdiri daripada saudara mara dan kenalan. Majlis bertema English Garden dengan kedua-duanya memakai pakaian berwarna putih.
Sementara itu, majlis resepsi pula berlangsung pada sebelah petangnya di lokasi sama.
Nabila yang lahir pada 10 November 1992 bergiat aktif dalam bidang seni sejak 2013 selepas mendapat tempat kelima dalam Akademi Fantasia musim ke-5. - KitaReporters