Seni & Sukan 11 Sep, 2023

Pahang Rangers juara Piala Futsal Malaysia! Kecewakan JDT dua kali berturut-turut pada pentas akhir!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this



Pahang Rangers terus membuktikan mereka merupakan pasukan terbaik untuk musim 2023 selepas berjaya muncul juara Malaysia Futsal Cup (MFC) menewaskan Johor Darul Ta'zim (JDT) 3-1 menerusi penentukan sepakan penalti dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 10 September 2023. 

Dalam perlawanan masa sebenar, kedua-dua pasukan mempamerkan karakter juara apabila saling berbalas jaringan untuk memastikan juara menjadi milik mereka. Namun, pasukan dari Pantai Timur ini lebih bernasib baik dan berjaya menewaskan JDT pada pentas akhir untuk dua kali berturut-turut musim ini. 

JDT berjaya membuka tirai jaringan seawal minit minit kedua perlawanan menerusi Ekmal Shahrin sebelum Ridzwan Bakri menyamakan kedudukan pada minit ke-17. Ekmal sekali lagi meledak pada minit ke-23 dan Azwann Ismail mengukuhkan kedudukan untuk JDT 3-1 pada minit ke-36. 



Pahang Ranger tidak menungu lama untuk merapatkan kedudukan apabila pemain JDT Saad Sani tertampan ke gol sendiri sebelum Ridwan menyamakan kedudukan 3-3 pada minit ke-39 untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan. 

Pemain import Pahang Ranger, Sergio Jamur menceriakan para penyokong untuk mendahului buat pertama kali 4-3 pada minit ke-42 namun kedudukan itu tidak bertahan lama selepas Awalluddin Mat Nawi mengikat kembali kedudukan 4-4 sehingga tamat perlawanan dan pemenang terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

JDT yang turun untuk membalas dendam selepas dikecewakan pada pentas akhir Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) pada Ogos 2023 lalu tidak kesampaian apabila beberapa kesilapan mudah memakan diri mereka sendiri. 

Meskipun dalam pasukan itu terdapat beberapa pemain kebangsaan akan tetapi skuad kendalian Gerard Casas ternyata berada di prestasi terbaik untuk membolot dua kejuaraan iaitu MPFL dan MFC tahun ini (2023). 

Pahang Ranger melengkapkan malam dan tahun gemilang buat mereka berjaya membolot kesemua anugerah apabila pemain Ridzwan memenangi pemain paling bernilai, Zainulzahin Sinuan (penjaga gol terbaik) dan Amin Nasrollah Zadeh & Ridzwan (penjaring terbanyak 5 gol) 

Sementara itu perlawanan di tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh Selangor MAC menewaskan Terengganu 7-2 dalam perlawanan yang berlangsung pada sebelah petang. 

Selaku juara Pahang Rangers akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, JDT RM20,000 dan Selangor MAC pula RM10,000. - KitaReporters


14
11
0
16
0
You will be interested