Seni & Sukan 16 Nov, 2019

FAHMI@MAT MIN.. ABANG POLIS TENGAH CARI TU!

@asliza musa
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah berkhidmat di Kuala Lumpur sebelum dipindahkan ke cawangannya di Perak selama 10 tahun.

Share this
JIKA anda dihampiri atau ditahan lelaki memakai vest dan topi tertera tulisan dan logo PDRM, apakah yang akan anda lakukan? Pasti anda akan berhenti untuk memberi kerjasama bukan? : KitaReportes.com

Antara barang yang dirampas selepas pihak polis berjaya memberkas Geng Fahmi yang menyamun dengan menyamar polis di sekitar Taiping, Perak baru-baru ini.


Bagaimanapun, perlu diingat bahawa tindakan tersebut mungkin menjerat diri sendiri dengan helah dan taktik individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai anggota pasukan keselamatan itu dengan tujuan untuk menyamun.

Ini kerana, pada ketika anda berniat baik untuk menyenangkan tugas 'anggota polis' terbabit, anda kemungkinan besar akan diugut dengan pisau mahupun kuku kambing atau pemutar skru sebelum barangan berharga dilarikan.

Ingatan ini bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan kerana banyak kes yang telah dilaporkan media membabitkan modus operandi sama dengan yang terbaru berlaku di tiga daerah di Perak iaitu Taiping, Kerian dan Tapah.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kumpulan penjenayah yang dikenali Geng Fahmi itu bukan sahaja memakai vest polis untuk mengelirukan mangsa, malah menakut-nakutkan mereka dengan mempamerkan gari.

Katanya, mangsa yang percaya dengan helah kumpulan itu biasanya akan memberikan kerjasama untuk diperiksa sebelum akhirnya disamun.

"Bagaimanapun, kumpulan yang dianggotai tiga lelaki ini tumpas dengan tertangkapnya dua daripada mereka yang mana seorang daripadanya merupakan anggota tentera berpangkat Koperal.

Katanya, dua lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditangkap dalam serbuan berasingan di Jalan Lorong Indah 1, Simpang dan Jalan Istana Larut di Taiping pada 27 dan 31 Oktober lalu.

"Dalam tangkapan pertama pada pukul 1 pagi itu, suspek yang dikenali sebagai Emie Toyol telah bertindak agresif untuk melarikan diri hingga berlaku pergelutan sebelum berjaya ditangkap.

"Siasatan terhadap suspek berjaya membawa penangkapan ke atas rakan sejenayahnya bernama Andy yang mana lelaki itu adalah anggota tentera yang masih berkhidmat, namun melarikan diri daripada tugas," katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping baru-baru ini.

Menurut beliau, tangkapan terhadap kedua-dua suspek itu membawa rampasan kepada beberapa barang termasuk satu unit gari, tiga bilah pisau, sehelai vest berwarna kuning berlogo PDRM, satu topi berlogo polis, sebatang kuku kambing, dua batang pemutar skru dan dua helai sarung muka bertutup penuh.

Katanya, siasatan mendapati kedua-dua mereka positif dadah dan mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

"Soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu juga telah mendedahkan seorang lagi rakan mereka yang juga perancang utama kes samun yang dikenali sebagai Fahmi atau Mat Min. Lelaki berusia 31 tahun dengan nama sebenar Mohamad Fahmi Shaafie yang beralamat di Felda Ijok, Selama itu mempunyai 12 kesalahan lampau bersabit kes jenayah dan dadah," katanya.

Dalang utama Geng Fahmi yang kini diburu polis.


Tambah beliau, kegiatan samun kumpulan berkenaan dilakukan secara rambang dengan menyasarkan premis iaitu rumah, kedai dan tokong selain individu yang berjalan seorang diri di tepi jalan.

"Kumpulan ini dipercayai terlibat dengan 14 kes samun dan menyamar polis sejak awal tahun ini melibatkan tiga daerah iaitu di Taiping, Kerian dan Tapah," katanya. - KitaReporters.com

2
3
0
0
0
You will be interested