Seni & Sukan 09 Mar, 2020

BILA-BILA BOLEH PI BULAN MADU.. BETUL TAK??

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
BILA bulan dah jatuh di riba, tak perlu lagi berlari mengejar bulan. Sehubungan itu, berikutan penyebaran wabak Covid-19 sekarang, pelakon Emma Maembong, 27, dan suami, juruterbang Muhammad Shazli Azhar, 32, memutuskan untuk tidak tergesa-gesa menikmati percutian bulan madu di luar negara. : KitaReporters

Emma Maembong dan Muhammad Shazli Azhar mengadakan majlis resepsi di Putrajaya pada 7 Mac 2020. - Kredit foto: Oh Bulan

Berbulan madu di luar negara pasti akan dilakukan, tetapi tidak dalam waktu terdekat ini, kata Shazli yang ditemui oleh sejumlah petugas media dalam majlis resepsi perkahwinan mereka di Bora Ombak, Putrajaya, pada Sabtu, 7 Mac 2020 pada sebelah malam.

Menurut Shazli, memandangkan penularan wabak Covid-19, mereka menangguhkan sebentar bulan madu yang telah dirancang. 

Emma dan Shazli santai menjawab pertanyaan petugas media termasuk soal berbulan madu. - Kredit foto: Oh Bulan

Tambah Emma pula, dia akan sibuk dengan penggambaran sejurus selepas resepsi perkahwinan dan menunggu masa yang sesuai untuk percutian bersama suami.

Pada majlis itu, Emma dan Shazli, mengenakan busana perkahwinan rekaan Rizman Ruzaini.  

Majlis turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga dan rakan-rakan selebriti.

Pengenalan singkat antara Emma Maembong atau nama lengkapnya Fatimah Rohani Ismail dan Shazli Azhar berakhir di jinjang pelamin pada 20 Februari 2020.

Menurut Shazli, banyak perkara yang perlu dipelajari selepas mereka menjadi suami isteri.

Begitu juga dengan Emma yang perlu banyak belajar setelah bertukar status sebagai isteri.

Emma bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang begitu memahami dirinya dan kerjaya sebagai seorang selebriti.

Emma dan Shazli mengaku bahawa banyak perkara yang perlu dipelajari selepas mereka menjadi suami isteri. - Kredit foto: Oh Bulan


“Saya terkejut lagi, saya pun tak sangka yang saya ada suami, jadi isteri. 

"Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Dia seorang yang memahami. Antara ramai kenal, dia lain daripada yang lain.

“Saya berdoa dulu di Mekah, Allah jodohkan saya dengan dia. Dia hadiah untuk saya daripada Allah.

“Saya tengah belajar memasak, semua orang tahu saya tak pandai masak. 

"Jadi, saya cuba jadi yang terbaik buat suami saya. Insya-Allah, saya akan cuba,“ kepada pihak media selepas majlis resepsi.

Sementara itu, Shazli memberitahu dia turut merasai keindahan alam perkahwinan termasuk memiliki seorang isteri yang punyai minat untuk belajar memasak.

“Banyak perbezaan dari sudut positif, dari kurang memasak dia dah mula belajar memasak. Memang sedap.

"Pengalaman saya pertama kali kahwin, ada isteri kemudian isteri pula masak. Feel itu lain, saya sarankan anak muda kahwin cepat,” kata Shazli. - KitaReporters

Kredit video: Oh Bulan
1
2
0
0
0
You will be interested