Seni & Sukan 27 Dec, 2023

Sebab pakai seksi? Dayana Roza dituduh sengaja cari perhatian kerana dah sendu! Tutup ruangan komen!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


Nak menegur kena ada caranya. Tersalah cara, orang yang ditegur akan terasa hati dan marah. Paling sopan dan beradab, tegurlah secara privasi agar tidak menyebarkan aib orang yang ditegur.

Percayalah, kalau kita menegur dan menasihati seseorang dengan cara sopan dan beradab, orang yang ditegur sedikit sebanyak akan menilai kesalahan atau kesilapan yang telah dia lakukan.

Paling banyak menerima teguran, nasihat dan kecaman tak lain tak bukan adalah golongan public figure. Apatah lagi golongan ini lebih banyak berkongsi kehidupan seharian dalam media sosial. 

Kehidupan peribadi atau kerja, segalanya menjadi tontonan dan penilaian awam.


Dayana kini sedang hamil anak kedua.


Manusia online atau lebih terperinci dipanggil netizen, gemar mencari kesalahan berbanding kebaikan. Pantang selebriti, artis atau pempengaruh tersilap langkah, habis satu keturunan dikecamnya.

Manakala bagi golongan public figure pula, berpada-padalah ketika berkongsi sesuatu dalam media sosial. Jangan berkongsi sesuatu yang boleh mengundang kecaman. Kalau mahu teruskan juga, maka bersiap sedialah untuk menghadapi kecaman.


Dayana bertindak menutup ruangan komen.


Apa yang berlaku pada pelakon Dayana Roza ini boleh dijadikan pengajaran. Dia berkongsi satu gambar menggunakan filter Boomerang. Dalam gambar tersebut, kelihatan dia bersama anaknya di sebuah kedai barangan bayi.

Apa yang menarik perhatian netizen, pakaian yang dipakai oleh Dayana ketika itu. Baju mengandung yang dipakai oleh Dayana itu dikatakan terlalu singkat. Bagi sesiapa yang belum tahu, pelakon berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur ini kini sedang mengandung anak kedua.

Baju tersebut dikatakan terlalu seksi dan tidak sesuai dipakai oleh wanita beragama Islam. Seorang netizen menempelak penampilan Dayana itu. Dakwanya, Dayana sengaja mencari perhatian kerana tidak popular. 

“Kalau dah tahu mengandung, pakai senonoh sikit. Pakaian macam orang Barat. Bila kena kecam marah pula. Awak tu bukan glamor manapun. Saja nak perhatianlah tu,” tulisnya.


Menyangkal dakwaan mengatakan dia sengaja mencari perhatian, Dayana menjelaskan dia kini tidak lagi memikirkan soal populariti keraqna mahu memberi perhatian kepada keluarga terutamanya anak.

“Ala sis, kalau saya nak perhatian, saya dah post pakai bikini tahu. By the way, saya tak kisah pun dengan dunia glamour sebab tu saya lebih suka fokus kat anak daripada berlakon angat sekarang. 

"Maaflah ya, kalau awak tegur baik-baik, saya terima dan akan balas baik-baik. Semua orang buat silap dan sedar saya tak sempurna,” balas Dayana.

Tidak mahu memanjangkan cerita, Dayana dilihat telah menutup ruangan komen dalam Instagramnya.

Dayana telah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 dan memiliki seorang anak perempuan bernama Astrid Raheeya. - KitaReporters


17
14
0
13
0
You will be interested