Gaya Hidup 20 Sep, 2022

Program solat subuh Keluarga Malaysia! Amalan solat berjemaah guru, ibu bapa, murid SK Pulau Indah!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this


SECARA kebetulan Program Solat Subuh Berjemaah di sekolah yang dilaksanakan oleh Sekolah Kebangsaan Pulau Indah (SKPI), Jalan Dato’ Haron, Pelabuhan Klang, Selangor sejak empat tahun lalu menepati aspirasi Keluarga Malaysia yang dicanangkan oleh kerajaan.

Bermula hanya dengan 70 jemaah sahaja yang membabitkan guru dan murid kini jumlahnya meningkat kepada 300 orang menyebabkan pihak pengurusan SPKI terpaksa menggunakan dataran sekolah sebagai tempat menunaikan solat subuh pada setiap hari persekolahan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan solat subuh


Dengan mengakui idea itu tercetus daripada beliau, Guru Besar SKPI, Hazi Kadir, berkata apabila dalam satu perhimpunan pagi 60 peratus murid mengakui mereka tidak menunaikan solat subuh sebaik sahaja diajukan soalan itu menyebabkan dia bersama Ustaz Mat Saad mengambil inisiatif mengadakan program berkenaan. 

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa bahawa program berkenaan berniat mendidik murid di samping menggalakan solat berjemaah dan apabila tiada bantahan termasuk dalam kalangan guru maka ia diteruskan sehingga sekarang sebagai perkara rutin.

Jelasnya, program berkenaan yang turut disertai ibu bapa murid sehingga surau sediakan ada pada masa itu tidak dapat menampung jumlah jemaah yang membabitkan murid tahun empat hingga enam, guru serta ibu bapa menyebabkan terpaksa menggunakan kawasan lapang di dataran sekolah.


Murid perempuan bersama ibu masing-masing turut menyertai solat subuh berjemaah setiap pagi. 


“Pernah berlaku ketika hujan lebat turun menyebabkan dataran digenangi air dan solat subuh terpaksa diadakan di surau secara bergilir-gillir dua kali berikutan jemaah yang terlalu ramai sedangkan surau pada masa itu hanya mampu menampung kira-kira 50 jemaah sahaja. 

“Ibu bapa murid dan guru yang sampai awal di sekolah akan membentangkan kanvas di dataran sebagai alas kepada tikar atau sejadah, sebaik sahaja waktu subuh masuk murid akan melaungkan azan diikuti solat sunat dan solat subuh berjemaah.

“Suasana pada masa ini amat harmoni apabila guru, ibu bapa dan murid berada dalam saf untuk solat berjemaah dan sesudah selesai diadakan pula tazkirah ringkas yang disampaikan dalam kalangan ustaz sebagai suntikan ilmu pada setiap pagi,” katanya.


Tazkirah ringkas diadakan selepas solat subuh selesai ditunaikan secara berjemaah membabitkan guru, ibu bapa dan murid Sekolah Kebangsaan Pulau Indah (SKPI), Jalan Dato’ Haron, Pelabuhan Klang, Selangor yang dilaksanakan sejak tahun 2018.


Hazi berkata, selepas selesai tazkirah murid yang hadir akan diberikan wang saku RM2 di samping akan bersama-sama ibu bapa serta guru menuju ke kantin untuk bersarapan dan pada masa itu dia akan mengambil kesempatan untuk berbincang dengan mereka mengenai isu semasa khusus mengenai perkembangan pelajaran murid SKPI

Terang beliau, perbincangan secara tidak formal dengan ibu bapa dan guru ketika bersarapan itu seolah-olah kami sudah mempraktikkan kaedah terbaik daripada aspirasi Keluarga Malaysia menjalinkan hubungan erat serta saling menyantuni demi kemajuan pendidikan anak-anak.

Jelasnya, program solat subuh itu juga selain memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan murid menunaikan rukun Islam kedua iaitu mendirikan soalan lima waktu turut membantu pihak Masjid Al-Raudah bersebelahan sekolah berkempen menggalakkan orang ramai termasuk generasi muda untuk rajin menunaikan solat secara berjemaah. 


Hazi gembira Program Solat Subuh SKPI menepati aspirasi Keluarga Malaysia.


“Dijangka pada hujung tahun ini solat subuh berjemaah itu akan dapat dilakukan di surau baharu sekolah yang sudah siap 80 peratus pembinaannya selepas mula dibina pada Jun 2022 lalu dan dapat menampung kira-kira 1,000 jemaah bagi satu-satu masa dan kemudahan untuk keselesaan 2,100 murid SKPI.

“Surau baharu itu juga akan menjadi simbolik kepada pengukuhan hubungan antara guru dengan ibu bapa murid yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama baik dalam menjayakan program yang dilaksanakan SKPI, sekali gus turut mengambarkan keharmonian Keluarga Malaysia di sekolah ini,” katanya.


Surau baharu SKPI yang dijangka siap sepenuhnya penghujung tahun 2022 ini akan digunakan untuk menunaikan solat subuh berjemaah setiap pagi.


Sementara itu Hazi berkata, SKPI turut mengadakan Program Haji Cilik yang dianjurkan bersama Tabung Haji Cawangan Klang membabitkan penyertaan murid dan guru sekolah itu seramai 300 orang di samping murid dari sekolah berdekatan iaitu SKPI2, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah, Tahfiz Al-Raudah Pulau Indah dan SK Danau Kota 2 pada 20 Ogos 2022 lalu. 

Menurutnya, program itu diuruskan oleh Panitia Pendidikan Islam SKPI dengan pengerak utama diketuai Ustaz Hafifi Yusof bersama-sama ahli jawatankuasanya yang memberi pendedahan secara teori dan amali ilmu pengetahun rukun haji kepada murid terbabit.

Jelasnya, hampir semua yang terbabit begitu teruja mempraktikkan rukun Islam kelima itu apabila mereka diajarkan secara keseluruhan peraturan untuk menunaikan ibadat umrah dan haji bermula daripada pendaftaran, tempahan tiket kapal terbang, penyediaan pasport, memakai kain ihram, berniat, mengelilingi Kaabah, bersaie, bertahlul dan sebagainya.

“Pihak SKPI dengan arahan Tabung Haji termasuk menutup pintu pagar sekolah kerana terlalu ramai ibu bapa yang datang menyaksikan program berkenaan kerana bimbang akan menganggu tumpuan murid terbabit,” katanya. - KitaReporters


Latihan amali mengelilingi Kaabah turut dipraktikan dalam Program Haji Cilik SKPI.


Taklimat ringkas diberikan kepada murid terbabit sebelum memulakan latihan amali menunaikan ibadat umrah dan Hhaji.

35
12
1
14
1
You will be interested

Liga Super 2022: Harimau Kumbang catat kemenangan kedua dalam saingan liga! Tundukkan Budak KL!

Penang FC yang berada di tangga terbawah liga lakukan kejutan selepas catat kemenangan 1-0 ke atas lawan Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan Liga Super 2022

Video| Saingan sebenar GV9 bermula! Peserta pamer kebolehan! Tomok menyerlah, Roy Kapilla terkeluar!

Persaingan sebenar GV9 bermula. Pada minggu ke-2, 13 peserta memperlihat kemampuan masing-masing. Tomok dapat markah tertinggi, Roy Kapilla ucap selamat tinggal
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 5 hours ago

Piala Raja Thailand 2022: Tak ada nasib! Kegagalan sepakan penalti nafikan kejuaraan buat Malaysia!

Harimau Malaya gagal muncul juara Piala Raja Thailand ke-48 selepas skuad kebangsaan tewas dalam penentuan penalti 0-3 di tangan Tajikistan, selepas terikat 0-0
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 16 hours ago

SUKMA 2022: Terengganu bangga pungut pingat lebihi sasaran! Walaupun berada di kedudukan naib juara!

BIARPUN  tidak menjadi juara keseluruhan namun temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ed
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 16 hours ago

Video| Alhamdullilah! Almy Nadia stabil! Pembedahan buang cyst! Fizz Fairuz syukur isteri selamat!

Isteri Fizz Fairuz, Almy Nadia selamat jalani pembedahan membuang sista (cyst) atau ketulan pada rahim dan kini berada dalam keadaan stabil dan dah mampu bangun
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 16 hours ago