Seni & Sukan 18 Sep, 2022

Video| Paling unik sekali! Lain daripada lain! Penampilan sniper di sekolah tular! Siap merangkak!

@fitri hazim
Memulakan kerjaya sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2016. Pengalaman dan peranan besar liputan Pilihan Raya Malaysia dan Bajet. Beralih sebagai wartawan akhbar serta banyak terlibat liputan jenayah dan bencana alam. (fitrihazim@outlook.com)

Share this


Penampilan si cilik dengan aksi penembak hendap atau sniper dalam pasukan ketenteraan dengan memperaga baju penyamaran telah menjadi tular dengan lebih sejuta tontonan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama @2ttouring54, kelihatan penampilan budak itu beraksi dengan merangkak seperti anggota tentera beroperasi pada satu pertandingan pakaian beragam di sebuah sekolah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pakaian beragam


Bapa sudah cakap dengan penampilan seperti ini, adik akan dapat ramai peminat,” katanya.

Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai turut bangga dengan semangat keperwiraan yang ditunjukkan kanak-kanak itu serta mendoakan beliau menjadi wira negara.



“Tidak pernah tengok seragam yang lain dari yang lain, tetapi ini memang terbaik. Tahniah sebab membuka minda orang ramai tidak semestinya memperagakan baju ada bendera sahaja,” jelas @iezalah81.

“Terkedu, semoga menjadi wira negara,” tulis @noormalaAsmey.

“Orang lain pakai baju bendera, dia seroang sahaja yang unik,” ujar @mohdmahmudi. -  KitaReporters


9
12
0
27
0
You will be interested