Seni & Sukan 06 Jan, 2023

Piala AFF 2022: Konsert dah buat booking sejak 2019! Tiada tiket tambahan buat peminat Harimau Malaya!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


ISU membabitkan tiket bola sepak pada aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Thailand masih menjadi tanya buat para peminat. 

Dibuka kepada kesemua peminat namun tidak sampai 24 jam, 59,000 tiket sudah hampir terjual. Ibarat pisang goreng panas. 

Apa yang membuatkan peminat marah ialah ada konsert dari artis luar negara di stadium lokasi perlawanan separuh akhir itu bakal berlangsung. Dan ketika ini persiapan pentas sedang rancak diadakan.  

Hal ini menyebabkan 21,000 terpaksa 'disimpan' dek perkara tersebut. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Stadium Nasional Bukit Jalil


Berikutan isu semakin panas menyebabkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bertemu untuk mencari jalan terbaik bagaimana boleh menambah jumlah kehadiran penyokong ke stadium. 

Namun begitu, menerusi twitter Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, konsert Jay Chou sudah dibuat tempahan sejak 2019 sementara jadual bola sepak pula dikeluarkan pada Ogos 2022.




Tambahnya lagi, untuk menyiapkan pentas keseluruhan ia memerlukan hampir dua minggu kerana banyak peralatan diperlukan. 

Jika melihat daripada jawapan tersebut, kemungkinan besar tiada slot tambahan buat penyokong dan ini sudah satu benda yang mengecewakan peminat setia Harimau Malaya. - KitaReporters


7
15
0
13
0
You will be interested