Seni & Sukan 04 Dec, 2022

Video| Piala Dunia 2022: Belanda ke suku akhir! Tiada masalah tewaskan Amerika, 3-1! Temu Argentina!

@mohd amirul fazli zulkafli
Pernah berkhidmat sebagai wartawan penyiaran. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


Pasukan pilihan, Belanda tiada masalah untuk mengalahkan Amerika Syarikat (USA) pada aksi peringkat 16 pasukan terakhir Piala Dunia 2022 selepas mencatat kemenangan 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa pada 3 Disember 2022.

Kemenangan ini membolehkan Belanda menjadi pasukan pertama layak ke suku akhir Piala Dunia FIFA di Qatar itu. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perlawanan Piala Dunia



Dalam aksi tersebut, Belanda turun dengan keyakinan tinggi memulakan aksi dengan baik dan berjaya membuka tirai jaringan pada minit ke-10 menerusi Memphis Depay

Belanda yang menguasai permainan mempunyai banyak peluang dan percubaan namum beberapa kali ia tersasar. 

Sebelum tamat separuh masa pertama, Daley Blind mengukuhkan kedudukan Belanda selepas menanduk masuk untuk jaringan kedua. 

USA cuba bangkit dan mereka juga mempunyai dereta peluang namum bahagian depan yang kurang berbisa memudahkan urusan pertahanan serta penjaga gol Belanda. 

Pada minit ke-76, Haji Wright berjaya merapat kedudukan untuk USA dan mereka terus menyerang untuk mencari gol penyamaan. 



Namun begitu jaringan itu hanya mampu bertahan lima minit saja apabila Denzel Dumfries memusnahkan impian USA dan menceriakan penyokong Belanda di Stadium untuk gol ketiga. 

Belanda akan bertemu Argentina pada perlawanan suku akhir nanti untuk mencari tiket ke separuh akhir. - KitaReporters


13
13
0
12
0
You will be interested