Seni & Sukan 20 Nov, 2022

Video| Belek kasut kemudian sorok dalam seluar! CCTV rakam gelagat pencuri! Aduan polis belum dibuat!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki mencuri kasut bersaiz kanak-kanak di sebuah kedai di Tangkak, Johor. - Kredit foto: CCTV Lim Ling


Dalam hidup ini, ada ketikanya sesuatu yang ingin kita miliki sukar diperolehi atau diperolehi. Mungkin kita tidak mampu atau hilang kemampuan untuk mendapatkannya. 

Justeru, ada usaha dari sisi gelap yang memaksa seseorang itu mencari jalan pintas dengan mencuri atau dalam peribahasa Melayu digelar panjang tangan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kes mencuri


Pada 7 November 2022 lalu jam 6.30 petang tular sebuah video dalam media sosial menerusi akaun Facebook Watch tentang seorang lelaki mencuri kasut di sebuah kedai sekitar bandar Tangkak, Johor.

Ketika kejadian, suspek berpura-pura seperti pelanggan bertindak memasuki ruang premis tersebut dengan lagak seolah-olah hendak membeli kasut sambil membelek-belek kasut.

Sekali pandang macam tidak ada apa-apa yang aneh dan mencurigakan berlaku tetapi lelaki berbaju merah jambu dan berseluar pendek itu kemudian bertindak  pantas mengambil kasut bersaiz kanak-kanak itu seraya menyorokkannya di dalam seluar.



Kadang-kadang sikap manusia itu mudah terlupa dan tanpa disedarinya  perbuatan jelek si pencuri berkenaan dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik kedai tersebut.

Lazimnya kita pun semua maklum cerita panas atau ‘viral seperti visual itu sepantas kilat terus disebar oleh tuan punya premis dikenali sebagai Lim Ling serta dikongsi di laman Facebook Watch.  Apa lagi segala info kejadian tersebut pastinya akan mendapat pelbagai reaksi dan komen oleh warganet.

Sebelum mencuri, suspek telah meninjau kawasan sekeliling terlebih dahulu bagi memastikan perbuatannya tidak disedari orang lain serta modus operandinya (MO) berjalan lancar.

Setelah berjaya menyembunyikan kasut di dalam seluar, pemuda berkenaan kelihatan sedikit kekok ketika berjalan dan mundar-mandir di ruang premis tersebut.

Dia (suspek) kemudiannya beralih ke bahagia lain iaitu bahagian pakaian dan ke ruang beg tangan bagi mengalihkan perhatian pemilik kedai dan juga mengelak daripada ditangkap oleh orang awam.



Ekoran insiden itu, warganet meninggalkan beberapa komen dan reaksi untuk dibaca oleh kita semua.

Salah satu akaun FB Malaysia Today telah mendapat 177 tanda suka, 58 komen dan 30 perkongsian.

"Punya la hebat, dalam seluar dia boleh sorok kasut itu macam ada banyak ruang, dia berjalan pun nampak pelik sebab ada kasut celah kaki dia," kata Ismail Ajis.

"Mungkin anak yang nak pakai kasut itu, nak beli tiada duit jadi dia terpaksa mencuri, kalau saya jadi pemilik kedai saya sedekahkan sahaja," jelas Adie Lifemone.

"Kalau pandang daripada sudut positif, lelaki itu mungkin terdesak dengan masalah ekonomi sampai terpaksa mencuri demi membahagiakan anak, tetapi apa-apa pun ia tetap satu kesalahan," ujar Emier Bro.

Difahamkan, pemilik kedai masih belum membuat sebarang laporan polis berhubung kes itu dan meminta agar individu berkenaan kembali memulangkan semula barangan yang diambil (curi).

Perbuatan mencuri boleh disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu melakukan curi dalam bangunan. Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun dan juga boleh dikenakan denda. – KitaReporters.



Sumber:

https://www.facebook.com/watch/?v=422216830120525

https://majoriti.com.my/berita/2022/11/09/video-macam-poket-039doraemon039-lelaki-selamba-curi-kasut-sorok-dalam-seluar-di-tangkak

6
11
0
14
0
You will be interested