SUDAH berusia atau sudah menjadi warga emas dan hanya menjadi pemungut barangan lusuh tetapi tetap berhasrat untuk memiliki kereta.
Lalu pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Wardji dan Aseh dan sudah berusia warga emas ini mengumpul wang bertahun-tahun agar hasrat itu tercapai.
Wang itu dikumpul dalam beberapa bekas simpanan daripada plastik dalam rumah uzur mereka yang turut dipenuhi dengan barangan terpakai yang akan diolah dan dijual semula.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pembelian secara tunai
Pasangan suami isteri ini sanggup berjalan kaki sejauh 7 kilometer dari rumah di Kampung Bangunan, Sragen ke sebuah pusat jualan kereta PT Mandiri Zirang Utama Daihatsu di bandar Sragen, Jawa Tengah, Indonesia bagi membeli sebuah kereta secara tunai.
Ketika kali pertama datang pasangan suami isteri itu dan hanya memakai selipar dan bertanyakan harga sebuah kereta jenama Daihatsu Sigra automatik warna putih.
Walaupun keadaannya seperti golongan tidak berada, berpakaian lusuh, namun sesuai dengan dasar syarikat yang perlu melayan semua pelanggan, seorang jurujual dikenali sebagai Dezy Ais, 35, tetap menyambut mesra kehadiran mereka dan menyatakan fakta mengenai kereta yang ditanya termasuk harganya.
/
Beberapa hari kemudian iaitu pada Rabu, 24 Ogos 2022, kedua-duanya datang lagi ke pusat jualan kereta itu dengan membawa sekarung wang dalam guni bagi membeli kereta itu secara tunai.
Duit not yang dibawa bernilai kecil paling besar bernilai Rp10 ribu (RM3) dan paling kecil bernilai 500 rupiah (15 sen).
Selama ini kedai pameran kereta itu belum pernah menerima pelanggan yang membawa wang secara tunai.
Namun kehendak pelanggan perlu dilayan. Lalu Dezy Ais bersama beberapa pekerja terpaksa mengira duit-duit itu satu persatu berjam-jam.
Setelah dikira, jumlah wang ialah Rp180.4 juta. Ia cukup untuk membeli kereta itu yang berharga Rp80 juta (kira-kira RM43,200).
Wardji sebenarnya tidak tahu memandu. Setelah urusan jual beli diselesaikan, Dezy Ais menghantar sendiri kereta itu ke rumah Wardji.
Kereta itu diletak di depan rumah membuat penduduk kampung tercenggang. Mereka hairan bagaimana pengutip barang lusuh dapat membeli kereta baru sedemikian.
Menurut Wardji dia akan belajar memandu bagi memudahkan dia membawa isteri berjalan-jalan.
Video ini tular setelah Dezy Ais memuat naik video peristiwa ini dalam saluran YouTube dengan nama ‘sales solo’. - KitaReporters