Kebelakangan ini Sharnazz Ahmad Basir Ahmad, 38, kurang dilihat dalam drama TV atau filem. Sehingga ada peminat yang bertanya-tanya adakah pelakon berbakat ini sudah bersara dalam bidang lakonan?
Sejak tahun 2022, Sharnazz lebih selesa dengan imej berjambangnya. Beberapa foto yang dimuat dalam Instagramnya menjawab tanda tanya itu. Rupa-rupanya Sharnazz kini jual aiskrim.
Bagi peminat yang hanya mendengar berita yang kurang tepat, terus membuat tanggapan ‘apa dah jadi dengan Sharnazz’ daripada menjadi pelakon popular kini berjual aiskrim untuk kelangsungan hidup.
Sharnaaz melayan orang ramai yang datang ke kiok 'Hello' di Mahkota Parade, Melaka. Kredit foto: IG sharnaazahmad
Sebenarnya Sharnazz adalah tauke aiskrim yogurt rendah gula jenama ‘Hello’. Dia merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah syarikat bagi jenama ‘Hello’ itu.
Sehingga kini aiskrim ‘Hello’ sudah mempunyai lima cawangan dan baru berjalan kurang daripada 3 bulan.
Pembukaan cawangan kelima ‘Hello’ di Mahkota Parade, Melaka merupakan hadiah istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada 30 Ogos 2023.
Menurut Ketua Pegawai Operasi (CEO), Aliza Ali, ‘Hello’ bercadang mempunyai 80 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. ‘Hello’ juga dalam perancangan untuk memperkembang francais di Indonesia.
‘Hello’ yang pada masa kini mempunyai 17 variasi dan mampu bersaing secara sihat dengan pesaing-pesaing lain.
Sharnaaz sebelum ini mempunyai outlet Bubble Bee di Setapak, Kuala Lumpur, namun tidak lama kemudianmenarik diri.
Sharnaaz kini memberi tumpuan terhadap perniagaan bagi memberi kehidupan lebih selesa terhadap anak kesayangannya Jebat Jayden Ahmad, 5, hasil perkahwinan dengan kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor. - KitaReporters