Terengganu menggunakan kelebihan bermain di halaman sendiri apabila mudah menewaskan Selangor 2-0 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 17 September 2023.
Dua jaringan lewat pada separuh masa pertama dan kedua menerusi Ivan Mamut dan Muhamaad Syahmi Zamri pada minit ke-45 dan ke-90 membolehkan peluang ke separuh akhir sedikit cerah.
Terengganu yang tidak mahu kecewa seperti tahun lepas (2022) apabila tewas di separuh akhir Piala Malaysia pada lawan sama turun dengan permainan yang lebih garang.
Bermain di halaman sendiri, tuan rumah berpeluang untuk mendapat jaringan lebih besar jika barisan pemain mengambil dan tidak mempersia segala peluang yang terhidang.
Bagi skuad kendalian Tan Cheng Hoe pula mereka seperti mengalami sedikit kesukaran untuk mendapatkan jaringan apabila pelbagai serangan serta percubaan berjaya dikekang oleh pasukan lawan.
Muhamaad Syahmi Zamri berjaya membantu Terengganu membawa bekalan selesa ke Stadium MBPJ pada aksi suku akhir kedua nanti. - Kredit foto: Facebook Malaysian Football League
Pada aksi suku akhir kedua pada 24 September 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) nanti, Selangor perlu bangkit mendapat tiga jaringan jika berhasrat ingin ke separuh akhir.
Terengganu harus waspada kerana pernah tewas 1-5 kepada Selangor ketika dalam aksi Liga Super tahun ini (2023) di Stadium MBPJ.
Sudah pasti aksi kedua nanti akan berlangsung lebih meriah untuk kedua-dua pasukan memburu kemenangan. - KitaReporters