Seni & Sukan 21 Jul, 2024

Sengit dan meriah! Pertandingan sofbol sekolah peringkat daerah Kota Setar! Berlangsung di SMK Jabi!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this


Oleh AIN SYAFIA QUTREENIE ALWI

Pertandingan Sofbol Peringkat Daerah Kota Setar berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi selama tiga hari berturut-turut dari 16 hingga 18 Julai 2024. 

Acara ini menyaksikan penyertaan daripada pelbagai sekolah di daerah ini yang berentap untuk merebut gelaran juara.

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar dengan tujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan pelajar. 

Cikgu Mohammad Zaki Md Uda selaku pengarah program berkata, sukan ini dapat menjadi salah satu platform untuk mengenal pasti bakat-bakat muda dalam sukan sofbol yang berpotensi untuk diketengahkan pada peringkat yang lebih tinggi. 

Beliau berharap agar pertandingan ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan sofbol di daerah ini.



Pertandingan ini yang bermula pada 16 Julai 2024 menyaksikan persaingan sengit antara pasukan-pasukan sekolah yang bertanding. 

Antaranya ialah SMK Jabi, SMK Langgar, Kolej Vokasional (KV) Alor Setar, dan Sekolah Menengah (SM) Teknik Alor Setar. 

Setiap pasukan mempamerkan permainan yang mantap dan strategi yang bijak untuk mengalahkan lawan masing-masing. 

Pada hari terakhir pertandingan, SMK Darulaman berjaya muncul sebagai johan bagi kategori lelaki Bawah 18 tahun (B-18) setelah menewaskan SMK Pokok Sena dengan skor 5-4 dalam perlawanan akhir yang penuh sengit. 

SMK Pokok Sena pula berjaya merangkul naib johan bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. 

Manakala SMK Bukit Payong berjaya merangkul tempat ketiga bersama SMK Jabi yang mempamerkan prestasi yang cemerlang sepanjang pertandingan apabila turut merangkul tempat ketiga bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan. 

Bagi perlawanan sofboll kategori perempuan B-18, johan dimenangi SMK Muadzam Shah, naib johan SMK Pokok Sena, tempat ketiga SMK Teknik Alor Setar dan SMK Jabi. 

Bagi kategori lelaki Bawah 12 tahun (B-12), johan dimenangi SK Kuala Kedah, manakala johan bagi kategori perempuan B-12 pula dimenangi SK Taman Awana. 



Sopinar Bakar selaku pengetua SMK Jabi pula berkata, kemenangan ini adalah hasil daripada latihan intensif dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh para pemain serta bimbingan jurulatih mereka. 

Beliau turut menekankan pentingnya aktiviti sukan dalam membentuk sahsiah pelajar dan berharap agar pelajar-pelajar dapat berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.

Mohammad Zaki dalam ucapannya yurut menekankan pentingnya aktiviti sukan dalam membentuk sahsiah pelajar. 

Beliau juga berharap agar pertandingan ini dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan sofbol di daerah ini.



Majlis penutup diadakan pada 18 Julai 2024 dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang disempurnakan oleh Muhamad Sufian Daud, Penolong PPD Pembangunan Bakat Murid.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang bertanding dan berharap agar kejayaan ini menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk terus aktif dalam bidang sukan. 

Menurutnya, pertandingan sofbol ini bukan sahaja dapat memupuk semangat kesukanan, tetapi juga membuktikan bahawa pelajar-pelajar di daerah Kota Setar ini mempunyai potensi besar dalam sukan sofbol. 

Diharapkan agar pertandingan seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk menggilap lebih banyak bakat muda dalam bidang sukan. - KitaReporters



20
13
0
10
0
You will be interested