Seni & Sukan 21 Apr, 2022

Video| Panas! Mawar nafi dah kahwin jutawan! Tapi mengaku bercinta! Akan nikah tahun 2022 ini!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Jika sudah temui kesesuaian Mawar akan berkahwin tidak lama lagi. - Kredit foto-foto: IG mawar_ karim

Usahawan popular Mawar Karim, 33, yang juga bekas isteri pelakon Fizo Omar menafikan sudah berkahwin sebelum Ramadan lalu

Sebelum ini timbul desas desus bahawa janda cantik ini telah berkahwin dengan seorang jutawan di sebuah pusat peranginan. Bagaimanapun Mawar, mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seseorang yang dikenalinya sejak setahun lalu.

Dia memohon orang ramai mendoakan rumah tangga yang bakal dibina itu berkekalan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan




Mawar berharap perkahwinan keduanya itu akan dikecapi dengan kebahagiaan berpanjangan.

Menurutnya, lelaki yang sedang dikenali itu bukan golongan VIP atau jutawan. Namun seorang ahli perniagaan. Dia juga enggan menyatakan kedudukan lelaki itu sama ada bujang, duda atau suami orang

Jika hubungan berjalan lancar, perkahwinan akan dijalankan pada tahun 2022 ini. Bagaimanapun urusan perkahwinan hanya akan diadakan apabila urusan mahkamah selesai.



Mawar ditemui pada sidang media khas yang diadakan di Kuala Lumpur pada Rabu, 20 April 2022. 

Ketika ditanya, adakah lelaki tersebut dalam kalangan selebriti atau ahli politik, Mawar berkata individu itu hanya orang biasa yang mempunyai perniagaan sendiri. 

Dia juga enggan mengulas lanjut tentang status lelaki yang bakal menjadi suaminya itu.


Mawar, Fizo dan Maryam ketika masih hidup bersama

Dia juga sedang cuba merapatkan hubungan lelaki itu dengan anak tunggalnya, Wan Maryam yang kini berusia 4 tahun.

Mawar mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fizo Omar (Wan Hafizol Wan Omar) pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Bekas suaminya itu sudahpun berkahwin baharu dengan bekas pramugari, Fazeera Nazri pada 20 Oktober 2021 dan kini sedang menanti kelahiran anak baharu. 



Sidang media khas ini diadakan Mawar bagi menafikan dakwaan dia sudah bankrap dan lari daripada membayar hutang berjumlah RM720,000 dan menganggap ia satu fitnah

Baru-baru ini Mawar menghadapi tuduhan pihak tertentu bahawa dia enggan membayar hutang berjumlah RM720.000.

Menurut Mawar, berita yang tersebar itu memberi kesan kepada reputasinya dalam perniagaan dan bimbang dengan keselamatan anak serta keluarga. Mawar melalui peguamnya telah membuat laporan polis bagi menafi dakwaan itu. - KitaReporters


8
13
0
10
0
You will be interested