Seni & Sukan 09 Apr, 2022

Video| Sharifah Rose enggan dituduh laku ciplak! Fikir nama baharu! Tukar Sekuntum jadi Harirose!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Sharifah Rose memperlihat antara produk yang dijualnya. - Kredit foto: IGsharifahroseofficial



Semakin ramai golongan artis menceburi bidang perniagaan sebagai salah satu cabang pendapatan. Bagi selebriti wanita biasanya menceburi berkaitan peralatan atau aksesori wanita

Selain menjual pakaian dan alat solek, jualan yang paling popular ialah tudung

Mereka perlu bersaing usahawan wanita lain yang juga terlibat dalam perniagaan yang sama. Cuma populariti sebagai personaliti membantu meningkat jualan produk.

Salah seorang pelakon, model dan pempengaruh (instafamous), Sharifah Rose, 27, juga menceburi bidang penjualan alat-alat perhiasan untuk wanita khususnya tudung sejak Februari 2022. Dia terus menggunakan jenama ‘Sekuntum’


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tudung

/


Sebelum ini, seorang pengguna dalam Twitter mendakwa Sharifah Rose meniru sepenuhnya jenama orang lain dari segi nama serta logo. Cuma ada sedikit beza iaitu ‘Sekuntom’ jadi ‘Sekuntum’. 

Menerusi perkongsian pengguna Twitter @ladsheer yang merupakan usahawan dan pemilik jenama tempatan ‘Sekuntom’ mendakwa nama dan konsepnya hampir sama dengan jenama baru yang dikeluarkan oleh Sharifah Rose.

Bagaimanapun, Sharifah Rose menegaskan dia sama sekali tidak tahu akan kewujudan jenama itu dan mengetahui selepas video promosi produknya dilancarkan.



Akibatnya Sharifah Rose atau nama lengkapnya Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd Mazfira, dikecam ramai dalam media sosial setelah didapati nama jenama yang diguna iaitu ‘Sekuntum’ didakwa meniru semula jenama lain.

Belajar dari kesilapan, Sharifah dan pasukannya mengambil masa selama dua minggu untuk ‘perah otak’ memikirkan nama baru buat produknya

Akhirnya dipilih nama baharu bagi jenamanya iaitu Harirose. Dia memastikan jenama itu masih dara, ertinya belum diguna pihak lain.





Sharifah Rose yang mula terlibat dalam bidang lakonan TV sejak 2016 akan terus mempelajari bidang lakonan bagi mengikis pandangan ramai bahawa dia adalah ‘pelakon kayu’.

Walaupun dianggap ‘pelakon kayu’, namun lakonan Sharifah tetap dinanti. Antara lakonan yang masih diingati ialah ‘Kekasih Hati Mr Bodyguard’ pada tahun 2021. - KitaReporters


14
12
0
12
0
You will be interested