Seni & Sukan 28 Mar, 2022

Video| Tahniah Aina Abdul! Wajah terpampang di billboard! Di Times Square NY! Di seluruh negara!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Impian jadi kenyataan. Wajah selebriti Aina Abdul, 28, kini terpampang di sejumlah tempat di Malaysia

Dan pada masa yang sama, wajah penyanyi bersuara emas ini turut terpampang di sebuah tempat berprestij iaitu di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS).

Aina Abdul yang suka berpakaian 'agak pelik' ini meluahkan kegembiraanya dalam laman Instagramnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Aina Abdul


"Still finding words to describe this precious moment! Thank you team who made it possible with me! To be on board with some of the best female musicians for the EQUAL campaign still feels surreal to me! To another milestone!

"Thank you to my Ainations who made this experience real and exciting each and everyday! 💚," demikian tulis penyanyi Aina Abdul apabila wajahnya menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York.



Aina atau nama sebenarnya Nur Aina Abdul Ghani,  berkata, dia dipilih bagi menjayakan kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify itu dan menyifatkan ia perkara yang membanggakan.

Menurut Aina, pemilihannya itu adalah pendedahan yang baik untuk dia dan muziknya dikenali di sekitar dunia.

"Kejayaan ini adalah berikutan kerjasama bersama syarikat pengedaran saya, Believe Music. Mungkin ada yang tahu dan mungkin ada yang tak tahu, saya bekerjasama dengan Believe Music untuk mengeluarkan lagu-lagu saya.

"Dari lagu Reminiscing, Shadow, semuanya diedarkan oleh Believe Music. Jadi bersama Believe Music, saya pun turut terpanggil untuk membabitkan diri menerusi kempen Equal. Saya dipanggil untuk isi borang dan sebagainya.

"Alhamdulillah, akhirnya saya dipilih bulan ini sebagai salah seorang duta untuk kempen Spotify. Jadi saya sangat bersyukur sebab berasakan kempen ini, sangat baik kerana ia dapat mengetengahkan bakat wanita dalam bidang muzik terutama dari Asia.

"Pendedahan ini baik untuk kami dikenali di sekitar dunia. Walaupun ia hanya sebulan, tapi saya berasakan peluang ini adalah peluang yang susah nak dapat.

"Terima kasih Believe Music. Terima kasih juga kepada Spotify kerana memilih saya. Dan juga kepada Ainations, kerana sebab merekalah jumlah penstriman lagu saya di Spotify nampak cantik. Terima kasih Ainations juga sebab selalu mendengar muzik-muzik saya," katanya.



Sementara itu  Aina Abdul turut terharu selepas wajahnya kini terpampang di papan-papan iklan (billboard) di beberapa lokasi di Malaysia. 

Ia susulan syarikat produk penjagaan wajah tempatan, Trulooks Global Group Sdn Bhd (Trulooks) telah menyambung kolaborasi bersama Aina untuk tahun yang kedua.

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, bermula sebagai pengguna rangkaian produk penjagaan wajah Truskin di bawah jenama Trulooks, Aina terus menjadi wajah pilihan syarikat itu. - KitaReporters



/

10
12
0
13
0
You will be interested