Seni & Sukan 11 Apr, 2022

Video| Setianya si Gendot! Kucing ikut tuannya setiap malam pergi tarawih! Menunggu di luar surau!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

DININDA mendukung Gendot kesayangannya yang selalu mengikutinya setiap malam ke surau. - Kredit foto: Tribunnews.com


BARANGKALI agaknya seekor kucing iaitu haiwan ciptaan makhluk Allah terasa terpanggil untuk hadir ke surau sempena keberkatan pada bulan Ramadan yang mulia ini meskipun haiwan itu tidak mendirikan solat seperti para jemaah yang lain.

Gendot nama kucing kesayangan yang diberi nama oleh tuannya dikatakan haiwan itu tidak jemu-jemu setiap malam  mengikuti pemilik kucing itu pergi ke surau untuk menunaikan solat tarawih di sepanjang bulan yang mulia ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kucing

DININDA - kredit foto: TikTok @insomninda



Viral sebuah video baru-baru ini, memperlihatkan Gendot si kucing berwarna oren itu bersama tuannya berjalan kaki untuk pergi solat tarawih di sebuah surau di Mojokerto, Jawa Tengah, Indonesia. 

Dalam video yang dimuat naik oleh pemilik akun TikTok @insomninda terdapat beberapa kapsyen yang ditulisnya.

“Setiap aku berangkat tarawih, kucingku selalu ikut. Sudah aku larang, malah dia sampai lari-larian gitu. Akhirnya aku suruh tunggu di situ. Tuh dia masih nunggu disana.’’

‘’Sampai akhirnya aku selesai tarawih. Enggak taunya ternyata dia masih nungguin. Pulang bareng.’’

’Terharu banget, tuh sampai ikut lari-larian gitu dong,’’ tulis pemilik akaun @insomninda.


GENDOT (dalam bulatan) sentiasa mengikuti Dininda ke surau. - Kredit foto: TikTok @insomninda


Ketika dihubungi Tribunnews.com melaporkan pemuat naik video terbabit yang juga pemilik kucing tersebut bernama Dininda Septia Ariefiantini yang rumahnya berdekatan dengan surau Mojokerto itu mengaku merakam video tersebut pada 5 April 2022 lalu.

Dininda memberitahu dia merakam Gendot sepanjang perjalanan menuju ke surau untuk solat tarawih.

Pemilik akaun itu juga menyatakan haiwan kesayangannya yang manja itu selalu mengikutinya setiap kali dia pergi ke surau untuk mendirikan solat sunat tarawih itu.


GENDOT (dalam bulatan) menunggu Dininda selesai menunaikan solat tarawih. - kredit foto: TikTok @isomninda


Sehingga kini, sejak 8 April 2022 lalu, video berkenaan telah ditonton lebih 3.7 juta serta disukai lebih 499 ribu pengguna TikTok.

Tribunnews.com melaporkan pada awalnya Dininda bimbang kucingnya pergi ke surau itu akan menganggu para jemaah lain yang sedang mendirikan solat.

Tetapi akhirnya Dininda menyuruh Gendot menunggunya di halaman rumah seorang jirannya yang berdekatan dengan surau tersebut ketika dia mengerjakan solat tarawih itu.

Gadis itu pun tidak menyangka bahawa Gendot benar-benar menurut perintahnya sehingga kucing itu sanggup tunggu dia selesai solat tarawih.


Kredit foto: TikTok @isomninda


Sebelum itu, Dininda menjangkakan Gendot tidak akan berada begitu lama di rumah jiran tetangganya dan sudah pasti kucingnya akan pulang ke rumahnya bermain dengan seekor kucing lain miliknya yang bernama Bagong.

‘’Saya sendiri tidak sangka Gendot sanggup tunggu saya di rumah jiran saya sehingga saya selesai solat tarawih dan ketika itu saya duga Gendot sudah tentu pulang ke rumah saya,’’ katanya.

Dininda pun tidak mengetahui apa alasan yang menyebabkan kucingnya mahu menunggunya dalam masa begitu lama sehingga dia selesai solat tarawih itu.

Malah, Gendot dapat memahami serta menurut kehendaknya supaya menunggu dia sehingga selesai solat tersebut untuk pulang bersama ke rumahnya. - KitaReporters


 

 

13
17
0
12
0
You will be interested