Seni & Sukan 02 Jan, 2022

Video| Search umum penyanyi baharu! Denden dari Indonesia! Kedai Search Rock Station jual produk!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com.

Share this

Kumpulan Search dari kiri: Pae (drummer), Kid (Gitar), Din (Gitar) dan Yan (Bass).


KUMPULAN Search bukanlah satu nama baharu dalam industri waima mereka yang telah lama mengenali kugiran muzik rock arus perdana sejak ditubuhkan pada 1977 ini tentu tahu perihal jatuh bangun dan keluar masuk anggotanya yang silih berganti.

Sudah tiga vokalis menganggotai kumpulan rock yang asalnya dibarisi Zainal (vokal), Hillary Ang (gitar utama), Yazit Ahmad (dram) dan seorang pemain bass yang berasal dari Indonesia iaitu Memek.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kumpulan rock



Namun empat tahun kemudian, vokalis pertamanya, Zainal dan pemain bassnya, Memek meninggalkan Search atas sebab tiada persefahaman dan digantikan dengan Suhaimi Abdul Rahman atau lebih popular dengan panggilan ‘Amy Search’.

Namun Amy juga hanya mampu bertahan selama 16 tahun bersama Search sebelum mengumumkan secara rasmi dirinya dipecat dari Search yang dikatakan dilanda kemelut dengan Yazit.

Amy bergerak solo dan Awie menjadi penyanyi jemputan di mana seterusnya Search memperkenalkan vokalis terbaharunya, Mog.



Pendekkan cerita, kisah Search pernah bubar dan beku seketika setelah hampir 20 tahun berjuang tidak terhenti tetapi yang nyata fenomeno ‘Isabella’ terus menghidupkan nama Search sehingga ke seberang Indonesia dan itu membuatkan kumpulan ini terus bernafas walaupun pelbagai cabaran dilalui.

Terbaharu, nampaknya Search dan Indonesia tidak dapat dipisahkan apabila penyanyi baharu dari negara serumpun itu, Denden Gonjalez, 38, dipilih sebagai penyanyi baharu kumpulan Search yang kelima menggantikan Amy yang sekali lagi meninggalkan kumpulan yang khabarnya atas sebab masalah disiplin. 




Siapa Denden? 

Di Indonesia, penyanyi ini tidak asing lagi kerana beliau pernah bekerjasama dengan penyanyi popular negara itu seperti Inka Christie dan Judika.

Denden juga mencuri tumpuan dunia berikutan aksinya pada ‘blind audition’ program ‘The Voice Bulgaria’ di mana dia membuat juri terpukau ketika menyanyikan lagu ‘She’s Gone’ nyanyian asal Steelheart.

Mengumumkan pelantikan Denden oleh pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini, berpendapat Denden berkeupayaan menyampaikan lagu bernada tinggi, sesuai dengan genre muzik Search,

“Dengan usia yang masih muda, kami yakin dia boleh membawakan lagu-lagu Search dengan baik. Usia yang cukup sesuai untuk kemuncak prestasi,” tambah Noordin atau ringkasnya Din.



Selain Noordin (gambar atas, kiri) dan Kid di posisi gitar serta Denden sebagai penyanyi, Search juga mengumumkan pemuzik berpengalaman luas, Yan sebagai pemain bass mereka.

Yan atau nama sebenarnya, Amran Marsiman bukanlah asing dengan Search, beliau pernah menganggotai Search menerusi album pertama, Cinta Buatan Malaysia pada 1985. 

Selain itu, Yan juga bersama Search dalam album ‘Rampage’, ‘Double Trouble (bersama Wings) dan Search 10 Tahun.


Antara koleksi barang jualan yang boleh diperoleh di Search Rock Station.


Terbaharu, Search juga mengorak langkah dengan membuka kedai Search Rock Station di Kompleks Campbell, Kuala Lumpur.

Memulakan operasi pada 31 Disember 2021 lalu, Search Rock Station merupakan kedai yang menjual barangan cenderahati rasmi Search seperti baju-t, kasut, topi dan macam-macam lagi.

“Ia juga menjual alat muzik seperti gitar serta menawarkan proses jual beli gitar di situ. Ada juga gitar milik saya dan Kid yang diletakkan di situ sebagai pameran,” ujar Nordin.

Dalam masa sama, Search turut melancarkan laman web rasmi mereka iaitu www.fenomenasearch.com yang turut di jadikan  platform rasmi Search di mana segala pengumuman, agenda, perjalanan Search, koleksi jualan Search dan berita -berita mutakhir akan dimuat naik di situ .

Pada waktu sama ia juga adalah laluan penghubung untuk segala urusniaga secara rasmi malah Search juga dalam proses penyiapan akaun media sosial seperti Instagram, Facebook dan youtube rasmi mereka.- KitaReporters


12
15
0
9
0
You will be interested