Seni & Sukan 17 Apr, 2021

Berita Terkini| 40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19! Selepas dapat 2 dos suntikan vaksin!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this

Gambar hiasan.... Kredit foto: Bernama


SEBANYAK 40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19 selepas melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran dialam laman Facebooknya pada Sabtu, 17 April 2021.

Menurut beliau 31 daripada petugas kesihatan itu dijangkiti kurang dua minggu selepas menerima suntikan dos kedua vaksin Covid-19 dan sembilan lagi selepas tempoh tersebut.

Dr Noor Hisham berkata, seramai 142 petugas kesihatan pula dijangkiti Covid-19 selepas dos pertama vaksin.

Bagaimanapun, katanya, apa yang lebih penting kesemua petugas kesihatan dijangkiti wabak tersebut tidak mempunyai simptom yang teruk.

“Jelas bahawa kita masih boleh dijangkiti selepas melengkapkan vaksinasi tetapi mungkin tidak teruk,” katanya pada Sabtu, 17 April 2021.

Sehubungan itu beliau semua pihak supaya mematuhi semua langkah kesihatan awam.

Pada Jumaat, 16 April 2021, kes harian positif Covid-19 terus melonjak dengan 2,551 kes baharu, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 370,528 kes.

Daripada jumlah baharu itu, terdapat 29 kes import dan 2,522 kes membabitkan penularan tempatan. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan kini adalah 18,600 kes.

Dalam pada itu, Sarawak merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 960 kes, diikuti Selangor (590 kes) dan Kuala Lumpur (245 kes). - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
2
1
0
You will be interested