Seni & Sukan 23 Apr, 2021

Berita Terkini| Laila Nasir pula positif Covid-19! Selepas Farisha Irwayu dan Sweet Qismina!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke [email protected]

Share this


PELAKON Laila Nasir mengesahkan dirinya positif Covid-19 dan virus Influenza B sejak Khamis, 22 April 2021. Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pelakon yang berusia 51 tahun itu menerusi Instagram miliknya.

Pelakon yang terlibat dengan pembikinan drama Kiblat Yang Hilang itu sedang menerima rawatan di Hospital KPJ Ampang Puteri, Selangor.

“Hari ini hari kedua saya berada di hospital dan menerima rawatan. Doakan saya baik,” katanya yang dipetik oleh Kosmo, Jumaat, 23 April 2021.

Sebelum ini, tular dua pelakon drama Kiblat Yang Hilang iaitu Sweet Qismina dan Farisha Irwayu turut positif Covid-19.

Sweet kini sedang dikuarantin dan mendapatkan rawatan di Pusat Kuarantin Ipoh, Perak manakala Farisha pula masih dirawat di Pusat Kuarantin MAEPS, Serdang.


Sebelum ini tular dua pelakon drama Kiblat Yang Hilang iaitu Sweet Qismina dan Farisha Irwayu turut positif Covid-19. - Kredit foto: myinfotaip.com


Drama Kiblat Yang Hilang ditayangkan sempena Ramadan mulai 12 April 2021 lalu di Awesome TV setiap hari Isnin hingga Jumaat, 7 malam.

Tahun lalu, beberapa selebriti tanah air, antaranya, Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar, Emma Maembong, Aepul Drama Band, Aeril Zafrel dan Aprena Manrose turut disahkan positif Covid-19. – KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
2
1
1
You will be interested