Seni & Sukan 19 Apr, 2021

Tahniah Inasis Proton dan Tradewind UUM! 394 peserta sertai bengkel kewartawanan melalui Webex!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Usaha yang baik mendidik mahasiswa universiti supaya mempunyai info dan pendekatan yang betul mengenai asas kewartawanan.


MASIH ada lagi tak bengkel mengajar orang ramai mengenai asas kewartawanan, demikian satu soalan yang ditimbulkan oleh seorang penerbit majalah, penerbit drama televisyen dan siri dokumentari di Facebook, baru-baru ini. 

Ini kerana berleluasanya paltform media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter seolah-olah menghentikan banyak usaha untuk membimbing orang-orang muda terutama pelajar-pelajar di pusat pengajian tinggi untuk menjadi gaya penulisan sebagai wartawan yang beretika dan berhemah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kewartawanan



Sehubungan dengan itu, seramai 394 peserta menyertai bengkel kewartawanan, Write Like A Reporter (Menulis Seperti Seorang Pemberita) melalui aplikasi Webex yang dianjurkan oleh Inapan Siswa (Inasis) Proton dan Tradewind (Prowins) Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 10 April 2021.

Pengarah program Nik Izzati Mohd Rasani berkata, bengkel secara dalam talian ini diadakan untuk memudahkan peserta menghasilkan berita dan gambar untuk hebahan atau penerbitan mereka.

Katanya, walaupun pandemik koronavirus COVID-19 mengakibatkan penganjuran secara bersemuka dalam kuliah atau pun aktiviti tidak dapat dijalankan tetapi masih terdapat ruang untuk mereka menggunakan aplikasi Webex ini bagi menjalankannya.

"Menulis berita, mengambil gambar dan menghasilkan buletin memerlukan bimbingan daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini," katanya ketika mengulas mengulas mengenai penganjuran program ini.


Nik Izzati Mohd Rasani.. hasilkan berita dan hebahan untuk penerbitan.


Oleh itu pihak urusetia Inasis Prowins telah menjemput Ketua Pengarang, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) Samsudin Oli Mohamed untuk memberi tip bagaimana untuk menghasilkan berita dan mengambil gambar yang baik untuk dijadikan bahan sebelum dibuat hebahan melalui Facebook, Instagram, Buletin mahupun dihantar kepada pihak media.

Dalam pada itu, beberapa peserta yang dihubungi berpuas hati kerana dapat berkongsi ilmu untuk untuk menghasilkan berita dan mengambil gambar yang baik mengikut komposisi.


Mohamed Thaha Adam Malik (gambar atas) berkata, sebelum ini dia selalu mengakui tidak tahu menulis berita tetapi jawapan yang diberikan itu sebenarnya tidak betul kerana sebagai pelajar universiti sudah pastinya mereka boleh menulis terutama dalam menyediakan tugasan yang diarahkan oleh pensyarah.

"Selepas saya mengikuti bengkel ini baru saya menyedari penulisannya sama cuma pengolahan ayat dengan fakta dan sumber itu yang penting untuk menghasilkan berita," sambungnya lagi.


Syazleen Aleya Saidin... baik untuk hasilkan berita seimbang.


Manakala Syazleen Aleya Saidin berharap dengan bimbingan ini, ia dapat memberi peluang kepadanya dan rakan-rakan lain untuk terus menghasilkan berita sama ada untuk bulletin, hebahan inasis ataupun penerbitan-penerbitan lain.

"Komposisi gambar, maklumat dan sumber dalam menghasilkan berita perlu seimbang supaya dapat menarik perhatian pembaca," katanya lagi.

Bengkel selama empat jam itu turut memberi peluang kepada peserta untuk mengetahui isi kandungan dan ruangan dalam akhbar-akhbar tempatan di negara ini.

Hasil daripada bengkel tersebut satu rencana mengenai pembabitan pelajar itu disiarkan dalam halaman penerbitan berkenaan untuk tujuan kaji selidik pengajaran. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested