Seni & Sukan 14 Apr, 2020

LOCKDOWN DI INDIA: ARTIS BOLLYWOOD MASAK!!

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

APA anda lakukan untuk mengisi masa lapang yang banyak terluang di rumah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau ‘lockdown’ yang dikuatkuasakan sekarang sehingga 28 April 2020 untuk mengekang penyebaran Covid-19? : KitaReporters

Kredit foto: FB @Bollywood Industry


Usah duduk berehat sahaja, makan atau tidur serta menonton TV. 

Banyak yang boleh dibuat, misalnya melakukan hobi masing-masing seperti jahit menjahit, sulam menyulam, membuat kuih muih, mengemas dan menghias rumah serta banyak lagi.

Mari kita lihat dan kongsi apa yang dilakukan oleh bintang-bintang Bollywood pujaan anda dalam memenuhi masa lapang sewaktu ‘lockdown’ yang kini dikuatkuasakan di seluruh India sejak 25 Mac 2020.

Kebanyakan mereka melakukan apa yang selama ini sukar mereka lakukan kerana terikat dengan jadual penggambaran ketat, iatu memasak untuk diri sendiri atau keluarga.

Jika selama ini mereka punya kepandaian memasak pun, tidak banyak masa yang mereka ada untuk membuktikan kemampuan.  

Kali ini dengan perintah ‘duduk di rumah’, mereka menyerlahkan bakat sebagai chef

Walaupun makanan simple, yang penting mereka seronok melakukannya.

Kredit foto: FB @OnlineBolly


Antaranya aktres popular Deepa Padukone, Karishma Kapoor, Shilpa Shetty, Alia Bhatt, Pooja Hedge, Siddarth Malhotra, Tamannaah Bhatia dan Kriti Sanon.

Apakah masakan yang para pelakon Bollywood ini tampilkan ketika bergelumang di dapur untuk membuktikan ketrampilan mereka? 

Mari kita lihat seperti yang dilaporkan Rediff.com. Kesemua gambar adalah kredit Rediff.com melainkan dinyatakansebaliknya.

1. DEEPIKA PADUKONE

DEEPIKA PADUKONE. - Kredit foto: Gobest Telugu website


MASAKAN Deepika Padukone, termasuk nasi dan lauk serta kek.


Isteri aktor Ranveer Singh dan anak legenda badminton Parakash Padukone ini memang pandai memasak.  

Dia bukan sahaja pandai memasak makanan tradisi India tetapi juga makanan Thailand. Dia juga pandai membuat kek. 

Pasti Ranveer sangat menyayanginya!

2. KARISHMA KAPOOR

KARISHMA KAPOOR. - Kredit pinterest.com


MUDAH tapi menyelerakan. Makanan masakan Karishma Kapoor.


Dalam filem Andaz Apna Apna Karishma membantu Salman Khan menyiapkan makanan menyelerakan untuk Amir Khan. 

Namun bukan sahaja dalam filem dia hebat. Anak aktres Babita dan kakak Kareena Kapoor ini memang pandai memasak. 

Makanan yang dipanggil idli nampak simple tetapi menyelerakan.

3. SILPHA SHETTY

SILPHA SHETTY dengan makanan ringan granola bars.


Masakannya tidak terlalu sukar. Ia lebih kepada kudapan ringan untuk sarapan pagi atau dimakan pada waktu santai. 

Makanan yang disebut granola bars ini diperbuat daripada kacang, madu dan biasanya dibakar sehingga garing.

Kadang-kadang buah kering seperti kismis dicampurkan. 

Makanan ini terkenal di Benua Amerika.

4. ALIA BHATT

ALIA BHATT suka masak kek. - Kredit foto: metro.co.uk


KEK dengan hiasan pisang masakan Alia Bhatt.


Bagi aktres ini pula, dia lebih suka memasak kek. Kek roti  ini pula diserikan dengan pisang. 

Nampaknya sedap tetapi kita tidak berpeluang merasainya!

5. TAMANNAAH BHATIA

SARAPAN pagi ringkas dan berkhasiat daripada Tamannaah Bhatia.


Artis ini menyediakan menu sarapan pagi mudah. Namun aspek kesihatan diutamakan. 

Dia menyediakan lempeng, french toasts serta buah-buahan kering.

6. POOJA HEGDE

SANTAI sungguh Pooja Hegde memasak halwa kegemarannya.


Bintang Housefull 4 ini juga menekankan kepada masakan simple, mudah dibuat enak dimakan.

Kegemarannya memasak halwa. Dia bangga dengan hasil masakannya. 

Sedap, katanya!

7. KRITI SANON

KRITI SANON. - Kredit foto: Bollywood Life.


PUDING coklat kegemaran Kriti Sanon.


Kriti Sanon berminat membuat puding. Pudingnya seringkali berwarna coklat. 

Bagaimanapun dia mengingatkan, jika memasak untuk ibu bapa jangan menggunakan warna coklat terlalu tebal.

Kenapa? Hanya dia yang tahu!

8. SIDARTH MALHOTRA

SIDHARTH MALHOTRA sibuk memasak udang bawang putih bersalut mentega.

Aktor ini juga pandai memasak. Walaupun tidak terlalu mahir, dia rajin mencuba. 

Masakan kegemarannya ialah udang bawang putih bersalut mentega. Lama-lama mencuba tentu sahaja menjadi pandai.


Artis-artis Bollywood sudah menunjukan kepandaian mereka memasak. Anda bagaimana? 

Tidak hendakkah ingin menggunakan waktu PKP ini untuk menunjukkan kehebatan?  

Boleh sahaja masakan tempatan atau luar negara.

Ini waktu terbaik menunjukkan kebolehan anda menjamu keluarga dengan pelbagai menu menyelerakan.

Jom cuba! - KitaReporters

0
0
0
0
0
You will be interested