Seni & Sukan 20 Apr, 2020

SEBELUM INI DADAH, ROKOK! KINI KETUM PULA!!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

TERDAHULU, anggota polis memeriksa kumpulan penghantar barangan khususnya makanan dalam sekatan jalan raya sama ada mereka membawa atau menghantar bahan-bahan terlarang di bawah undang-undang. Kini, apakah lori pula akan diperiksa selepas seorang pemandu lori ais ditahan kerana membawa air ketum?? Mampus!! : KitaReporters 

Kredit gambar: FB Penangkini



Sebelum ini, rider (penghantar barang menaiki motorsikal)  yang melakukan penghantaran makanan kena 'game' bila mana penghantaran makanan yang dilakukan oleh beliau terdapat bahan-bahan terlarang oleh undang-undang selepas ditahan oleh pihak polis dalam satu sekatan jalan raya.  

Ada juga rider yang seludup rokok secara haram dan tayang pula dalam media sosial dengan bangganya. 

Akibatnya, polis terpaksa mengambil tindakan proaktif dengan cara memeriksa kesemua rider yang melakukan penghantaran makanan bagi mengelak mereka salah guna kuasa yang diberikan. 

Sebahagian pemandu Food Panda diperiksa oleh polis. - Kredit foto: FB Penangkini


Sebahagian rider Grab Food diperiksa oleh polis. - Kredit foto: FB Penangkini 


Terbaru, pemandu lori ais pula ditahan oleh sekumpulan anggota polis kerana disyaki telah membawa air ketum di dalam lori ais yang dipandu beliau. 

penangkini: Lori ais plak kantoi. Adoi jem. Busuk nama lori ais yg lain


Jika dilihat, ini bukanlah sesuatu perkara yang sihat, malah ia memberi kesan buruk kepada mereka yang bekerja dengan jujur dan amanah dalam bidang penghantaran ini.

Diharapkan gejala tidak berfaedah ini tidak berlaku lagi kerana ia akan menyusahkan ramai pihak termasuk kita sebagai pembeli dan pengguna. - KitaReporters

1
2
2
0
4
You will be interested