Gaya Hidup 23 Aug, 2021

Video| Meninggal sebab Covid-19! Jenazah dilarikan ahli keluarga dari hospital! Diarak di jalan!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Kredit foto: Kementerian Kesihatan Malaysia


PENGAMBILAN mayat pesakit Covid-19 secara paksa berlaku di seluruh dunia walaupun jumlahnya tidak banyak. Kaum keluarga yang enggan mayat mangsa Covid-19 dikebumikan mengikut protokol kesihatan sanggup melarikan mayat secara paksa.

Satu peristiwa ganas dan gempar berlaku di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD atau Hospital Daerah) Mokoyurli Buol di Sulawesi Tengah pada Rabu, 18 Ogos 2021. Seorang pesakit bernama Satria Idrus meninggal dunia akibat Covid-19 sebelum maghrib.


.

Mayat bersama katil diusung keluar beramai-ramai dari hospital dan diarak sepanjang jalan.  -Kredit foto: Tribun Sulawesi.

Sehubungan itu, proses pemandian sehingga pengkebumian jenazah perlu dilakukan mengikut protokol kesihatan.

Namun kira-kira jam 8 malam, sekumpulan lelaki yang mendakwa saudara si mati datang ke hospital untuk mengambil jenazah Satria.

Namun pekerja kesihatan menasihatkan mereka tidak boleh membawa mayat itu keluar, maka berlaku kekecohan

Sebahagian lelaki itu mengamuk sementara sebahagian lagi melarikan jenazah itu dengan katil hospital sekali.


.

Saudara mara si mati membawa jenazah di jalan sehingga mengejutkan orang ramai. - Kredit foto: Tribun Sulawesi.


Ketika mereka keluar melalui lorong hospital, sebahagian lelaki itu turut merosakan sejumlah peralatan hospital.

Jenazah bersama katil itu dipapah melalui jalan-jalan sepanjang laluan. Kejadian itu menarik perhatian orang ramai. Jenazah dipapah sehingga ke rumah keluarga Allahyarham.

Sekumpulan anggota polis datang dan menasihatkan jenazah itu dihantar semula ke hospital. Namun mereka enggan dan jenazah berkenaan dikebumikan di perkuburan awam malam itu juga. 

Kejadian dipandang serius oleh Bupati (pegawai daerah) Kabupaten Buol, Amiruddin Rauf. Menurut Amiruddin pihaknya dengan kerjasama polis akan menahan dan mendakwa pihak terbabit. - KitaReporters


...

Keadaan di Hospital Daerah (RSUD) Mokoyurli Buol, Sulawesi Tengah kembali tenang. - Kredit foto:Tribun Sulawesi

 
0
0
1
0
0
You will be interested

Jelajah amal Keluarga Malaysia! Pengamal media berkonvoi ke Cameron Highlands! Untuk santuni asnaf!

Sempena bulan kemerdekaan Ke-65, 20 ahli media Terengganu sertai program konvoi bermotoikal, Jelajah Amal Media Merdeka ke Kpg Gerak Sepadu, Cameron Highlands

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 10 hours ago

Piala AFC 2022: Tahniah KL City FC! Mara ke final Zon ASEAN! Azri Ghani jadi wira sepakan penalti!

Penjaga gol KL City FC, Azri Ghani muncul wira selepas selamatkan sepakan penalti pemain terakhir Viettel FC untuk mara ke perlawanan akhir Piala AFC Zon ASEAN
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 2 hours ago

Liga Super 2022: JDT terus gah di persada liga! Tundukkan Terengganu! Bertemu lagi akhir Piala FA?

JDT kukuh selaku pendahulu liga selepas menang 2-1 ke atas Terengganu FC dalam saingan Liga Super 2022. Akan bertemu sekali lagi dalam perlawanan akhir Piala FA
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 3 hours ago

Liga Perdana 2022: Perak FC kejutkan Kelantan FC di halaman sendiri! Peluang JDT II rapatkan mata!

Perak FC teruskan momentum kemenangan apabila kejutkan pendahulu liga, Kelantan FC 2-1 dalam saingan Liga Perdana 2022. Buka ruang kepada JDT II rapatkan mata
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 3 hours ago

Video| Padan muka! Pemandu lori dapat “thumbs up”! Bantu polis halang MPV guna lorong kecemasan!

Seorang pemandu lori dapat thumbs up daripada anggota polis trafik selepas bantu halang sebuah kenderaan MPV potong barisan kesesakan gunakan lorong kecemasan
Fitri Hazim in Gaya Hidup 7 hours ago