Gaya Hidup 14 Dec, 2020

Perkenalan lalu WhatsApp! Budak 12 tahun dirogol 10 lelaki?

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawan peringkat negeri Terengganu

Share this

SEMOGA ini menjadi pengajaran serta peringatan kepada semua khususnya anak-anak gadis yang selalu berhubung dalam media sosial. Akibat terpedaya serta terpengaruh janji-janji manis yang ditaburkan melalui WhatsApp selama dua hari, seorang budak berusia 12 tahun menjadi mangsa rogol. : KitaReporters


MAHKAMAH Seksyen Kemaman, Terengganu pada 13 Disember 2020 menyambung lagi tahanan reman selama empat hari bermula pada 14 Disember 2020 ke atas 10 remaja lelaki yang disyaki merogol budak berusia 12 tahun. -  Kredit foto: Berita Harian


Lagi kisah-kisah berkaitan rogol:

https://kitareporters.com/search?search=rogol


Yang merogol adalah lelaki yang baharu dikenalinya termasuk sembilan lagi lelaki lain untuk memuaskan nafsu mereka.  

Kesemua 10 suspek terbabit berumur 13 tahun hingga 19 tahun itu daripada satu kumpulan yang disyaki merogol mangsa yang merupakan seorang murid sekolah Tahun Enam di sebuah sekolah rendah di daerah itu pada pukul 4 petang dan 3 pagi pada 6 dan 7 Disember 2020  di dua tempat berasingan di Kemaman, Terengganu.

Sebelum kejadian itu, remaja perempuan itu hanya baru mengenali salah seorang lelaki daripada kumpulan berkenaan melalui WhatsAap sahaja. Selepas tempoh dua hari mereka berhubung, mangsa berjanji untuk berjumpa dengan suspek terbabit.

Ketika berjumpa pada pukul 4 petang  6 Disember 2020 dan pukul 3 pagi 7 Disember 2020, budak itu dikatakan dirogol oleh suspek itu termasuk sembilan lagi remaja lain di dua buah rumah berasingan yang jaraknya terletak kira-kira dua kilometer. 

Kejadian malang yang menimpa ke atas murid sekolah itu disedari ahli keluarga mangsa selepas remaja perempuan itu tidak pulang ke rumahnya selama dua hari

Ketiadaan budak terbabit di rumahnya tanpa pengetahuan keluarganya  dalam tempoh masa tersebut menyebabkan keluarga remaja itu menaruh curiga sehingga mangsa berterus terang dengan kejadian yang merupakan sejarah hitam dalam hidupnya.


SEPULUH suspek terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. - Kredit foto:  KOSMO


Berikutan dengan kejadian itu, polis telah menahan reman 10 remaja lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes rogol berkenaan selama lima hari bermula pada 9 Disember 2020 lalu. 

Tahanan reman ke atas semua remaja terbabit disambung lagi empat hari bermula pada hari ini, Isnin 14 Disember 2020 selepas Pendaftar Mahkamah Seksyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali  bersetuju bagi polis menjalankan siasatan yang lebih rapi dengan kes itu. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Haryan Ramlan berkata murid sekolah tersebut telah dihantar ke Hospital Daerah Kemaman dan hasil pemeriksaannya doktor mendapati kemaluan mangsa ada kesan koyakan. 

``Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,’’ katanya pada Ahad 13 Disember 2020. - KitaReporters

You will be interested

Tunku Azizah terkejut tengok bil selepas pasang sebatang gigi geraham! Harga RM: We Love You!

Raja Permaisuri Agong kongsi keterujaan selepas memasang sebatang gigi yang ditempah khas di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Cajnya ialah kasih sayang

Zuhayati Yazid in Gaya Hidup 4 days ago

Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan! Ustazah Asma’ tegur Grup Facebook RAHI

Ustazah Asma’ Harun tegur grup FB Riak Apa Hari Ini? kerana indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan. Jangan halalkan kemungkaran, dosa atas nama gurauan
Zul Akmar Jamaludin in Gaya Hidup 1 day ago

Video| PKPB: Rahimah Tanpa Rahim terperangkap di Jertih! Zalfa Zin jual air minuman berperisa

Zalfa Zin berada di kampung halamannya di Bandar Jertih sejak sebulan lalu selepas terperangkap dengan pelaksanaan PKPB. Bantu bisnes keluarga jual air minuman
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends! Bakal tampilkan Yuna, Hael Husaini, Altimet

Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends bersama penyanyi Yuna, Hael Husaini, Altimet bakal temui peminat khususnya kanak-kanak mulai 25 Feb 2021 di Astro First
Fariza Saidin in Gaya Hidup 1 day ago

Tahniah Unit Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah! Kumpul 63 pek darah dalam tempoh enam jam

Unit Tabung Darah HTF Kangar anjur kempen derma darah dengan sokongan Kelab Patriot Chapter Perlis UUM dan Pusat Khidmat DUN Sena sebab kekurangan bekalan darah
Samsudin Oli Mohamed in Gaya Hidup 2 days ago