Gaya 12 Sep, 2020

Kena sihir atau bunuh diri? Misteri kematian aktor Bollywood

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

DUNIA Bollywood pada 14 Jun 2020 lalu telah gempar dengan berita sedih kematian mengejut seorang aktor muda dan kacak, Sushant Singh Rajput. Kematiannya telah mendapat liputan meluas dalam kebanyakan media utama India sehingga ada pihak membuat andaian bahawa dia telah membunuh diri. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita dari India:

https://kitareporters.com/search?search=india


Pada peringkat awal, polis Mumbai, India mengklasifikasikan kematian Rajput adalah satu kemalangan dan bukan ‘bunuh diri’. Sebaliknya media India telah melaporkan secara salah bahawa kematian pelakon Hindustan itu adalah sebagai ‘bunuh diri’ kerana mengalami gangguan mental.

Ekoran itu, kejadian malang berkenaan telah mendorong siri perdebatan dan pertikaian mengenai stigma kesihatan mental aktor  tersebut.

Rhea Chakraborty telah ditangkap oleh Jabatan narkotik India kerana terlibat kes dadah. 


Aktres Bollywood, Rhea Chakraborty disyaki ada kaitan dengan kematian aktor Sushant Singh Rajput. - Kredit foto: Agensi.


Industri Bollywood mengutuk keras tindakan beberapa pihak media yang tidak henti-henti membuat liputan berita ‘panas’ antara keluarga Rajput dan teman wanitanya, Rhea Chakraborty.

Pada hari Selasa, 8 September 2020 lalu, aktres Rhea Chakraborty yang dikatakan teman wanita aktor itu, telah ditangkap oleh Jabatan narkotik India kerana terlibat kes dadah bersama dengan rakan-rakannya.

Berikutan tangkapan Chakraborty itu, beliau telah disoal siasat oleh pihak berkuasa mengenai kematian Rajput, sama ada ia mempunyai kaitan dengan dirinya. Peguamnya Satish Maneshinde berkata, penahanan anak guamnya (Chakraborty) adalah tidak wajar dan mempersendakan undang-undang dan mahkamah.

Dalam perkembangan yang lain, keluarga Rajput mendakwa anak mereka (pelakon) telah diracun oleh Chakraborty, dengan menggunakan sihir  dan menyebabkan kematiannya.

Kini Agensi Polis Persekutuan India sedang menyiasat secara lebih mendalam jika terdapat sebarang permainan ‘kotor’ oleh pihak-pihak tertentu dan hubung kait teman wanitanya.

Hubungan intim yang terjalin antara dua pelakon Bollywood  antara Sushant Singh Rajput dan Rhea Chakraborty. - Kredit foto: Agensi.


Sejak tiga bulan kebelakangan ini, rangkaian televisyen (TV) India termasuk lebih daripada 350 saluran berita dalam bahasa Inggeris dan beberapa bahasa tempatan, kerap menyiarkan berita-berita sensasi serta memaparkan foto tubuh badan (si mati), preskripsi perubatan, patung Voodoo dan grafik tengkorak yang dikaitkan dengan "ilmu hitam " yang berlaku ke atas Sushant Singh Rajput.

Sementara itu, Polis Persekutuan India, Mahkamah Tinggi Mumbai dan pihak kerajaan akan mengawasi serta memantau sebarang bentuk berita atau siaran sama ada akhbar dan media elektronik  berhubung liputan kes kematian Rajput yang kini masih pada peringkat siasatan. 

Rajput memulakan karier lakonan pertamanya dalam sebuah drama romantis bertajuk Star Plus Kis Desh Mein Hai Meraa dil  pada tahun 2008 yang disiarkan melalui drama TV tempatan.

Aktor tampan itu terus menjadi kegilaan ramai peminat terutama kalangan wanita apabila beliau turut ditawarkan berlakon dalam drama Pavitra Rishta (2009-2011). Beliau melangkah setapak lagi ke hadapan apabila membuat kemunculan dalam filem Buddy Kai Po Che! (2013). - Kitareporters


Sumber: 

https://news.yahoo.com/bollywood-actor-sushant-singh-rajputs-050016607.html

https://people.com/movies/bollywood-star-rhea-chakraborty-arrested-on-drug-charge-after-the-apparent-suicide-of-her-actor-boyfriend-sushant-singh-rajput/

You will be interested

Video| Pengambaran M:I 7 disambung! Tom Cruise nyaris maut!

Tom Cruise memandu kereta dengan Hayley Atwell berada bersama dalam adegan mengejar di Rome. Kerana kesilapan teknikal, kereta itu terbabas dan nyaris terbalik

Fauzan Uda Ahmad in Gaya 2 days ago

Grab Malaysia lancar GrabBenefits! Bantu pemandu, penghantar

Grab Malaysia lancar program GrabBenefits yang telah diperbaharui bagi meningkatkan kemahiran dan daya tahan kewangan lebih 120,000 rakan pemandu-dan-penghantar
Editor KitaReporters in Gaya 12 hours ago

Gerak Khas beralih stesen! Biarlah rahsia, kata Yusof Haslam

Gerak Khas The Finale untuk musim ke-20 timbulkan tanda tanya peminat siri ini. Bagi musim terakhirnya, siri ini beralih tempat tontonan daripada RTM kepada TV3
Fauzan Uda Ahmad in Gaya 1 day ago

Video| Belang baharu Harimau Malaya! Jalur Gemilang kurang?

Pelancaran belang baharu Harimau Malaya bagi edisi 2020-22 daripada Nike. Jersi baharu bagi jersi utama atau kandang (home) dan jersi kedua atau tandang (away)
Abdul Hafiz Ahmad in Gaya 1 day ago

Jalan Jerantut-Tembeling! Perlukan penyelenggaraan berkala!

Kerosakan teruk jalan raya antara Kg Pagi berdekatan Bukit Sebarau dan Bukit Awan ke lima perkampungan di Mukim Hulu Tembeling menyukarkan ke bandar Jerantut
Haris Fadilah Ahmad in Gaya 1 day ago