Gaya Hidup 29 Sep, 2020

Hari Jantung Sedunia! Penyakit jantung sebab utama kematian!

@noor hayati mamat
Mula ceburi dunia kewartawanan sebagai wartawan akhbar. Masih banyak perlu dipelajari!

Share this

SAMBUTAN Hari Jantung Sedunia tanggal 29 September merupakan agenda tahunan di seluruh dunia bertujuan memberi kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat bagi cegah penyakit kardiovaskular. Tapi berapa ramai antara kita sayang serta cakna tentang kesihatan jantung  masing-masing? : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan jantung:

https://kitareporters.com/search?search=jantung


Jantung merupakan organ penting dalam tubuh manusia yang berfungsi mengepam darah ke seluruh badan dan serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina ataupun usia. 

Tiga faktor utama sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit tidak menular seperti serangan jantung adalah kerap merokok, kurang lakukan aktiviti fizikal serta pengambilan makanan tidak seimbang.

Hakikatnya, menjaga jantung sebenarnya tidaklah sukar jika menjalankan gaya hidup sihat dan bagi terus tingkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan menjaga jantung telah berlangsungnya Sambutan Hari Jantung Sedunia 2020 Peringkat Kebangsaan, 26 September 2020 lalu.

Bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang, Hulu Terengganu, program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Terengganu, Dr Alias Razak mewakili Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Bertemakan ‘Sayangi Kehidupan, Cegah Penyakit Jantung’ sambutan tahun ini diadakan serentak dengan Program Sukarelawan Program Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) Negeri Terengganu.

Dr Alias Razak (kanan) menyempurnakan simbolik Penyerahan Buku Garis Panduan Norma Baharu Pelaksanaan Aktiviti Kospen oleh Sukarelawan kepada Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus. 


Dalam teks media dibacakan oleh Alias, beliau berkata pada tahun 2018, penyakit jantung iskemik atau ‘ischaemic heart diseases’ (IHD) kekal sebagai antara sebab utama kematian di Malaysia dengan menyebabkan sebanyak 18,267 kes kematian.

Katanya, ia melibatkan seramai 12,510 lelaki serta 5,757 perempuan dan daripada jumlah kematian tersebut sebanyak 66.2 peratus (%) kematian akibat IHD berlaku di kawasan bandar manakala 33.8%  akibat IHD terjadi di luar bandar.

“Penyakit IHD juga semakin meningkat dalam kalangan umur 15 hingga 40 tahun dengan kadar kematian yang meningkat dari 6.4% pada tahun 2017 kepada 7.2% pada tahun 2018. Penyakit kardiovaskular pula adalah penyebab utama kematian di hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sempena Hari Jantung Sedunia tahun ini, KKM ingin sarankan kepada semua rakyat ambil langkah-langkah bagi cegah penyakit jantung dengan amalan gaya hidup sihat. Selain pemakanan seimbang, gaya hidup aktif, tidak merokok, hindar pengambilan alkohol perlu juga pupuk minda sihat.

“Lakukan saringan kesihatan secara berkala dengan memeriksa status indeks jisim tubuh (BMI), tekanan darah, paras gula dan paras kolestrol dalam darah. Kesihatan kita, milik kita, tanggungjawab kita,” katanya.

Sukarelawan Kospen Kampung Kuala Por bergambar kenangan bersama cenderahati diterima mereka setelah terpilih sebagai penerima Anugerah Lokaliti Kospen Terbaik Daerah Hulu Terengganu. 


Tambah beliau, pihak KKM telah merangka pelbagai program dan aktiviti termasuklah memperkuhkan semula program Komuniti Sihat Pembina Negara (Kospen) pada peringkat komuniti bagi mempromosikan cara hidup sihat kepada masyarakat setempat di seluruh negara.

Ujarnya lagi, KKM amat berharap agar rakyat Malaysia sentiasa beriltizam untuk terus menjaga kesihatan jantung dan seterusnya menjadi inspirasi dan motivasi kepada keluarga, sahabat dan masyarakat sekeliling untuk jalani gaya hidup yang sihat. - KitaReporters

Pameran Jom Berhenti Merokok turut diadakan dalam usaha membantu perokok berhenti merokok yang menjadi salah satu faktor utama sering dikaitkan sebagai penyebab penyakit tidak menular seperti serangan jantung


0
0
0
0
0
You will be interested

Video| Perhimpunan motosikal RXZ terbesar? 30,000 peminat di Stadium Gong Badak! PM pun hadir sama!

Lebih 30,000 peminat motosikal RXZ dari seluruh negara termasuk PM Ismail Sabri Yaakob hadir pada program RXZ Members 4.0 yang disifatkan perhimpunan terbesar

Mohammad Ishak in Gaya Hidup 1 day ago

Video| Bukan main anak aku! Salam boyfriend dulu sebelum masuk kereta! 10 minit tunggu drama! - Ibu

Perkongsian rakaman seorang ibu yang tunjukkan gelagat anak perempuannya bersalaman dengan boyfriendnya sebelum balik dari sekolah meraih perhatian orang ramai
Fitri Hazim in Gaya Hidup 4 hours ago

Video| Fafau angaukan Anuar Zain? Ada pertemuan sweet! Peminat, rakan doakan mereka bertemu jodoh!

Fara Fauzana muat naik video 'sweet' bersama Anuar Zain dalam laman Instagramnya. Fafau berkongsi suasana manis bertemu dengan Anuar selepas konsert berlangsung
Fauzan Uda Ahmad in Gaya Hidup 4 hours ago

Kelab SAHOCA Bikers Legend! Bekas murid dan guru bergabung! Bersatu buat kerja-kerja kebajikan!

Aktiviti bermotosikal jadi aktiviti SAHOCA Bikers Legend paling aktif sebab lebih menarik serta beri peluang kepada ahli-ahli untuk berkhidmat kepada masyarakat
Normala Hamzah in Gaya Hidup 7 hours ago

Video| Kayuhan Merdeka 2 pengayuh! Singgah di Terengganu! Sebelum berakhir di Perlis! 31 Ogos 2022!

Di Pantai Kemasik, Kemaman, kedua-dua pengayuh Kayuhan Merdeka edarkan Jalur Gemilang kepada 30 pelajar Tadika, 11 pelajar Taska KEMAS dari Medan Jaya, Marang
Che Saad Noordin in Gaya Hidup 7 hours ago