Seni & Sukan 23 May, 2020

Bubur lambuk akhir Ramadan! Pemberian JKP, KRT di Puchong!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

SUDAH menjadi kebiasaan pada setiap kali Ramadan akan ada agihan pemberian bubur lambuk untuk penduduk setempat di merata kawasan di negara ini. Bagaimana pun sumbangan bahan makanan tersebut pada puasa tahun ini agak berlainan disebabkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). : KitaReporters

Ahli Majlis JKP Zon 19 MPSJ, M. Ambarasan Murugesu (tengah) menyampaikan bubur lambuk kepada salah seorang penduduk pada program agihan bubur lambuk JKP Zon 19 MPSJ. - Kredit foto: Mohd Hazril Harun JKP Zon 19.


Aktiviti agihan sumbangan tersebut turut diadakan di beberapa kawasan sekitar Parlimen Puchong di Selangor melalui sumbangan pihak-pihak tertentu samada agensi kerajaan, syarikat swasta, badan-badan NGO, kalangan korporat dan orang perseorangan.

Sekalipun sumbangan dan agihan yang diadakan tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya kerana diadakan di tempat tumpuan ramai seperti Bazar Ramadan, pusat beli belah dan lain-lain ia tetap diberikan sambutan dan memberi kepuasan penduduk.

Program agihan bubur lambuk sekitar JKP Zon 19 MPSJ  turut diadakan di Seksyen 7 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai - Kredit foto : Mohd Hazril Harun. 


Bagi Ramadan 1441 Hijrah ini, Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 19 Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) pada Selasa, 19 Mei 2020 telah mengadakan program agihan bubur lambuk kepada 200 penduduk di beberapa tempat di sekitar zon berkenaan dengan dijayakan oleh Ahli Jawatankuasanya yang diketuai Pengerusi JKP Zon itu yang juga Ahli Majlis MPSJ, M. Ambarasan Murugesu.

Salah seorang Ahli Jawatankuasa JKP Zon 19 MPSJ, Pak Berahim mengaihkan bubur lambuk kepada salah seorang penduduk di Pangsapuri Ruselia, Pinggiran Putra, Bandar Putra Permai semasa program agihan bubur lambuk JKP Zon 19 MPSJ - Kredit foto: Mohd Hazril Harun. 


Sempena program agihan bubur lambuk itu juga M. Ambarasan turut menyampaikan bantuan barangan keperluan dari Jabatan Pembangunan Masyarakat (JPM) MPSJ kepada 12 penerima yang memerlukan.

Antara kawasan agihan yang berlangsung dalam jangka masa satu jam setengah bermula jam 5.00 hingga 6.30 petang melibatkan Taman Lestari Putera (LEP), Taman Equine, Taman Desaminium, Pangsapuri Ruselia (Pangsapuri Angkat JKP Zon 19) dan Pangsapuri Mawar Jaya.

Program agihan berjalan lancar dan mendapat perhatian mengalakkan daripada penduduk setempat.

Proses memasak bubur ayam dijalankan oleh ahli KRT Zon Lestari Perdana 5 (LEP 5) untuk agihan kepada penduduk dikawasan perumahan taman berkenaan - Kredit foto: WhatsApp KRT LEP 5.


Pada hari sama, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Lestari Perdana 5 yang termasuk dalam kawasan JKP Zon 19 MPSJ juga mengadakan program memasak bubur ayam untuk semua penduduk taman perumahan berkenaan.

Proses penyediaan bahan, memasak dan membungkus bubur tersebut dijayakan oleh Ahli Jawatankuasa KRT berkenaan. 

Orang ramai telah mengambilnya sendiri melalui konsep pandu lalu di Pusat KRT LEP 5 (kabin KRT) mulai jam 5.00 petang.

Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo (kanan) di samping menyampaikan bubur lambuk juga mengagihkan pek barangan makanan kepada salah seorang penerima yang memerlukan - Kredit foto JPM MPSJ.


Sementara itu, JKP Zon 15 MPSJ dengan kerjasama JPM MPSJ dan Persatuan Penduduk pada Sabtu, 16 Mei 2020 telah mengadakan program memasak bubur lambuk untuk agihan kepada 1,000 orang, di Pangsapuri Court 1, Puchong.

Agihan tersebut yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Puchong, Govind Singh Deo; Exco Kerajaan Selangor yang juga Ahli Dewan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Dr Siti Mariah Mahmud; dan Ahli Majlis JKP Zon 15 MPSJ, Kamarul Hisham Yeop Ibrahim melibatkan kawasan Pangsapuri Puchong Utama 1 hingga 5, Pangsapuri Court 1 dan 2, Taman Seri Pelangi, Taman Seri Utama, Masjid As Syakirin, surau, balai polis dan balai bomba.

Pada majlis yang sama, Govind turut menyampaikan pek barangan makanan kepada 21 penerima yang memerlukan dari sekitar kawasan Parlimen Puchong.

EXCO Selangor Dr. Siti Mariah Mahmud (tengah) mengagihkan bubur lambuk kepada salah seorang penerima di Puchong pada program sumbangan bubur lambuk oleh JPM MPSJ , JKP Zon 15 MPSJ dan Persatuan Penduduk di Pangsapuri Court 1,Puchong - Kredit foto: JPM MPSJ.


JKP Zon 13 MPSJ Ahli Jawatankuasanya diketuai Ahli Majlis Mohd. Fitri Jamaluddin dengan kerjasama JPM MPSJ  pada Selasa, 19 Mei 2020 pula mengagihkan bubur lambuk bagi penduduk di Qariah Surau Madrasatul Ehsan dan Pangsapuri Garnet, Puchong.

Sebelum ini, program sumbangan bahan tersebut sejumlah 450 pek turut diadakan bagi penduduk di Qariah Surau Al Kauthar , Pangsa Perdana , Puchong dan sekitarnya.

Ahli Majlis JKP Zon 13 MPSJ, Mohd Fitri Jamaluddin (dua dari kanan) menyampaikan agihan bubur lambuk kepada salah seorang penduduk di Pangsa Perdana,Puchong - Kredit foto:  JKP Zon 13 MPSJ. 


Bagi JKP Zon 10 MPSJ mengadakan program memasak bubur lambuk dengan diketuai Ahli Majlisnya, Ng Seow Chen di Surau Al Ikhlas Pangsapuri Fasa 1A Taman Puncak Kinrara agihan kepada orang ramai di Pangsapuri Indah, Taman Puncak Kinrara, Balai Polis Puchong Jaya, Ibu Pejabat Polis Serdang dan Balai Bomba Taman Wawasan. 

Sementara itu, pada Ahad 17 Mei 2020, JPM MPSJ dengan kerjasama JKP Zon 23 MPSJmengadakan majlis mengacau bubur lambuk untuk agihan 200 penduduk di sekitar kawasan zon berkenaan.

Ahli Majlis zon tersebut Wong Yi Seang turut sama  pada majlis itu dan mengagihkan bubur lambuk kepada orang ramai yang berlangsung di Pangsapuri Serdang Raya 1. - KitaReporters  

Ahli Majlis JKP Zon 23 MPSJ,Wong Yi Seang (kiri) menunjukkan tanda bagus sebaik sahaja beliau mengagihkan bubur lambuk kepada salah seorang penduduk pada program memasak bubur lambuk anjuran JPM MPSJ dan JKP zon berkenaan di Pangsapuri Serdang Raya 1, Selangor - Kredit foto: JPM MPSJ.


Gambar Kiri ahli KRT Lestari Perdana 5, Bandar Putra Permai memasak bubur ayam untuk agihan penduduk di taman perumahan berkenaan. Kanan salah seorang penduduk di Pangsapuri Court 1 Puchong menerima bubur lambuk daripada Ahli Parlimen Puchong,Govind Singh Deo.

 

1
0
0
0
0
You will be interested