Seni & Sukan 09 Jun, 2021

Berita Terkini| Menyamar pegawai LHDN! Jururawat berputih mata! Wang RM94k dalam akaun lesap!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


ANGKARA diperdaya sindiket ‘Macau Scam’ yang menyamar sebagai pegawai Lembaga hasil Dalam negeri (LHDN) melalui panggilan telefon seorang jururawat kerugian RM94,000 sekelip mata.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa berusia 31 tahun itu memaklumkan terima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri daripada LHDN dan menyatakan mangsa mempunyai tunggakan cukai RM38,600.90 atas syarikat yang didaftarkan atas nama mangsa.

“Mangsa menafikan tetapi talian disambungkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuantan untuk tujuan membuat laporan polis secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan di Port Dickson pada Rabu, 9 Jun 2021.



Jelas Aidi Sham, mangsa kemudiannya bercakap dengan pegawai polis yang mendakwa berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP) dan meminta mangsa memuat naik pautan aplikasi MyBNM serta meminta jururawat berkenaan memasukkan butiran nama dan nombor kad pengenalan miliknya.  

Bagaimanapun apabila mangsa membuat semakan dengan pihak bank didapati wang simpanan di dalam salah satu akaun miliknya telah dipindahkan.

“Wang tersebut telah dipindahkan ke beberapa akaun yang tidak dikenali menerusi 11 transaksi dengan jumlah keseluruhan RM94,000,” katanya. - KitaReporters


 

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitenden Aidi Sham Mohamed 

4
1
4
0
2
You will be interested