Kredit foto: TV3 Malaysia
PESERTA akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) 36 (AJL36), Marsha Milan yang membawa lagu 'Cinta' telah mendapat pujian dek kerana persembahan yang penuh bertenaga dan telah memberi impak kepada penonton.
Dengan persembahan yang memukau dan nyanyian high note, ia telah membawa tuah untuk dirinya apabila dipilih sebagai persembahan terbaik.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Marsha Milan
Kredit foto: TV3
Bukan setakat itu sahaja, lagu 'Cinta' yang ditulis oleh Hang Nadim dan Bunga Cantik nyanyian Marsha Milan juga telah diangkat menjadi pemenang tempat kedua.
Jika dilihat penyertaan Marsha malam tadi (6 Mac 2022), memang padu nyanyian beliau dan pembawakan yang penuh emosi.
Maka tidak hairan jika ada rakan artis dan beberapa portal dalam talian turut memuji persembahan Marsha.
Jika rakan artis pun terpegun dengan persembahan Marsha, apatah lagi netizen yang anggap persembahan itu sangat "goosebumps".
Ramai memuji dan memang mengharapkan penyanyi lagu 'Cinta' ini mampu menang vokal terbaik. - KitaReporters