Seni & Sukan 04 Mar, 2022

Video| Lebih tenang! Dulu artis dangdut seksi! Kini berhijab! Jadi petani berpendapatan lumayan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

NOVI Listiana seorang artis dangdut di Jawa Tengah kini beralih arah kepada seorang petani dan sanggup bergelumbang dengan lumpur setiap hari. - Kredit foto : Walipop


ORANG tua pernah berkata berbudi serta menghambakan diri sepenuh masa terhadap tanah yang diusahakan itu  sudah tentu ia akan membuahkan hasil yang agak lumayan tetapi ia belum pasti lagi jikalau kita berbudi sesama manusia hasilnya mungkin tidak sama ataupun tidak mendapat balasan seperti mengusahakan tanaman di tanah itu.

Dalam hal ini, siapa sangka seorang artis dangdut dari Kabupaten Boyolali, Jawa Tengah yang pernah tersohor memutuskan untuk beralih arah dari dunia hiburan yang diceburi sejak 2015 kepada bidang pertanian apabila dia yakin pendapatan pelbagai jenis sayuran yang diusahakannya bersama sang suaminya bukan sahaja memberi pendapatan yang agak lumayan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan dangdut

NOVI Listiana sentiasa berpakaian seksi di khalayak ramai semasa menjadi artsi dangdut suatu ketika dahulu. - Kredit foto: Merdeka.com


NOVI Listiana yang kini kehidupannya sentiasa tenang setiap masa berhijab selepas tidak menjadi artis dangdut. - Kredit foto: Merdeka.com


Malah, Novi Listiana, 25, juga turut mengakui selepas berhenti dari dunia hiburan sejak 2018 lalu untuk menjadi seorang petani, kehidupannya kini sudah banyak berubah termasuk jiwanya selalu tenteram kerana setiap masa dia dapat memakai hijab

Novi berkata, jikalau dahulu dia tidak pernah berbuat demikian kerana sering menampilkan diri berpakaian seksi dan baju terbuka ketika membuat persembahan nyanyiannya di pentas-pentas khalayak ramai.

Namun kini, kata Novi, dia tidak berpakaian seperti itu lagi sebaliknya dia mamakai baju kurung dan bertudung seperti wanita lain selain dia sentiasa berada di kampung bagi memberi perhatian sepenuh masa terhadap tanaman seperti daun bawang merah, ubi kentang, kubis bunga dan kubis bunga hijau (brokoli) di kawasan berhampiran dengan Gunung Merbabu di Jawa Tengah.


kredit foto : Merdeka.com



“Pertanian ini yang saya lakukan bersama suami membuahkan hasilnya agak menyeronokkan dan pendapatannya lumayan jika dibandingkan sewaktu saya menjadi artis dahulu pendapatan yang tidak menentu kerana bayarannya bergantung setiap kali saya mengadakan persembahan di pentas.

“Tetapi syukurlah, sekarang jiwa saya rasa tenang kerana setiap hari saya berhijab dan pakaian saya tidak seperti dulu lagi sentiasa memakai baju yang menjolok mata terutama semasa saya beraksi dan menyanyi di pentas-pentas,” katanya seperti dipetik laporan Merdeka.com pada 28 Februari 2022 lalu.


NOVI sedang mengikat daun bawang merah yang ditanam untuk dijual. - Kredit foto: Merdeka.com


Akibat berpakaian seksi itu, Novi yang mula menjadi artis dangdut ketika usianya 18 tahun sering kali dipandang serong dan dihina oleh masyarakat.

Namun apakan daya, kata bekas artis dangdut itu kerana ketika itu dia terpaksa menghambakan diri menjadi seorang penghibur untuk menyara perbelanjaan keluarganya selama tiga tahun.

“Saya sekarang ini pada kehidupan seharian, semakin menyisihkan diri dari dunia glamor itu apabila saya begitu yakin bidang pertanian juga mampu memberi pulangan pendapatan yang agak lumayan jika tanaman yang kita usahakan dilakukan secara serius.

Setiap hari saya mendapat wang sekitar Rp300 ribu (kira-kira RM100) dari hasil tanaman itu yang dijual kepada pemborong,” ujarnya.


 

Kredit foto: Walipop


Dalam hal ini, dia merasa seronok kerana setiap hari mendapat wang daripada hasil tanaman sayuran itu dan dia juga tidak malu dengan kawan-kawannya disebabkan melakukan pekerjaan tersebut yang terpaksa bergelumbang dengan lumpur di bawah sinaran matahari setiap hari.

“Iya, memang seronok menjadi artis dangdut kerana ketika itu saya sering dipuja dan disanjung oleh peminat ke mana sahaja saya pergi tetapi dalam masa yang sama saya juga dihinadalam kalangan masyarakat dengan pakaian saya sebegitu,” kata Novi.


 

NOVI Listiana ketika artis dangdut. - Kredit foto: Tribun Makassar


Novi mengaku pendapatan daripada hasil pertaniannya itu adalah lebih besar jika dibandingkan semasa menjadi artis dangdut dahulu.

Selain itu, bukan setakat dengan pendapatan yang memuaskan hatinya itu malah kehidupannya yang kini banyak berubah dan hatinya sentiasa tenang bersama keluarga. 



Kredit foto : Matamata.com



“Bagi saya, kerja apa-apa pun saya tidak kisah asalkan mendapat rezeki yang halal dan saya akan lupakan dunia hiburan saya kerana saya mahu menumpu sepenuh masa terhadap tanaman yang dijalankan bersama suami.

“Kini, selepas saya menjadi petani, saya tidak lagi dihina dan dikeji oleh masyarakat sebaliknya ada dalam kalangan mereka turut memuji dengan tindakan saya membabitkan diri dalam bidang pertanian dan tidak terlibat lagi sebagai artis dangdut,” katanya. - KitaReporters


Kredit foto: Walipop

11
17
0
13
0
You will be interested