Seni & Sukan 01 Jul, 2021

Seramnya! Peringatan mengenai SOP dibaca secara bertalkin! Kalau tak sedar juga tak tahulah!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this


SEBELUM ini kita nampak usaha daripada pelbagai pihak terutama daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JPM) menyebarkan info mengenai COVID-19 termasuk melalui van bergerak dari satu tempat ke satu tempat.

Namun begitu masih ada segelintir pihak yang degil. 

Oleh itu, tular satu video yang menerangkan mengenai COVID-19 tetapi dalam nada orang baca talkin. Fuhh, memang terbaik idea ini... Menyeramkan!! 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan



Dah degil sangat kan. Ini mungkin antara ikhtiar bagi memastikan orang ramai faham mesej yang ingin disampaikan.

Penulis syorkan agar kesemua tempat boleh buat seperti ini terutama kawasan tumpuan orang ramai. 

Yang masih degil, kumpulkan mereka satu tempat dan baca ini kepada mereka. Tengok mereka sedar atau tidak. 

Kalau degil juga. Bawa je mereka suruh jadi sukarelawan di hospital untuk bantu kakitangan kesihatan yang lain. 



Dah dengar? Apa macam seram tak? Kalau begini pun tak beri kesedaran lagi, tak tahu nak buat macam mana.

Mungkin kena bawa katil dari hospital pula kot untuk demo kepada orang ramai.

Ketika ini negara kita memang tengah hadapi kes harian yang tinggi hingga menyebabkan ramai pihak terkesan dek kerana tiada pekerjaan dan terputus punca rezeki.  

Moga usaha orang ramai terutama KKM ini akan memberi kesedaran kepada orang orang ramai. 

Netizen telah beri pelbagai komen berkenaan video tersebut. - KitaReporters








0
2
1
0
0
You will be interested