SIAPA tak kenal penyanyi rap, Kanye West yang juga merupakan bekas pasangan selebriti, Kim Kardashian itu. Ke mana sahaja keberadaan beliau pasti ada yang menyapa.
Namun kini lelaki berusia 44 tahun itu membuat perubahan besar dalam hidupnya apabila melakukan penjenamaan ke atas nama kelahirannya, Kanye Omari West kepada Ye.
Wow! boleh ke gitu?
Permohonan berkenaan dibuat oleh West di sebuah mahkamah di Los Angelos pada 24 Ogos 2021 lalu dengan alasan peribadi yang dicatat dalam dokumen undang-undang tanpa tidak memberikan apa-apa perincian lain.
Lagi kisah menarik berkaitan penyanyi rapper
Peguam yang mewakili penyanyi rap yang juga penulis lagu, penerbit dan pereka fesyen itu mengemukakan petisyen untuk menukar nama West.
Sebagai bukti kesungguhan menukar namanya, penyanyi rap tersebut turut mengabadikan album studio kelapannya dengan namanya sendiri iaitu Ye.
Permohonan menukar nama itu telahpun diluluskan oleh hakim kerana kebiasaannya, pihak mahkamah tidak mempunyai sebarang halangan mengenai tindakan itu selagi tiada bukti ia dipohon atas tujuan penipuan.
“Saya percaya ‘Ye’ adalah perkataan yang paling biasa digunakan dalam Bible yang bermaksud ‘anda’, “ kata West penuh bangga.
Malah, akuinya penukaran nama itu dibuat ketika masih dalam proses perceraian dengan Kadarshian yang mengemukakan perceraian, Februari 2021.
Bagaimanapun, West tidak bercadang menukar nama keempat-empat anaknya dengan nama baharu.
Semoga penghijrahan nama baru itu memberi kebahagian tersendiri kepada dirinya.
Sebelum ini , West pernah menggegar dunia hiburan apabila menyatakan bakal bertanding dalam pilihan raya Presiden Amerika .
"Kita harus mengotakan janji Amerika dengan mempercayai Tuhan, menyatupadukan visi dan membina masa depan kita. Saya mahu bertanding menjadi Presiden Amerika Syarikat," katanya.
Mungkin dengan nama baru itu ia memberi semangat yang lebih untuk dia sekali lagi bertanding. Good Luck Bro! - KitaReporters