SEORANG pegawai polis wanita berpangkat Inspektor meraih pujian ramai apabila memikul seorang lelaki yang tidak sedar diri untuk dibawa ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan. Insiden terjadi pada Khamis, 11 November 2021.
Menurut laporan, lelaki itu terbaring di kawasan perkuburan Kilpauk dalam keadaan basah kuyup akibat hujan semalaman. Dia yang merupakan pekerja di tanah perkuburan yang telah jatuh sakit dan tidak sedarkan diri.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan polis wanita
Balai polis setempat menerima laporan mengenai seorang lelaki terbaring di sebuah kawasan perkuburan. Rajeshwari mengetuai sepasukan polis ke tempat kejadian dan mendapati lelaki itu masih bernyawa.
Bagi mempercepat menghantar si pesakit ke hospital, Rajeshwari mendokong sendiri lelaki itu beberapa puluh meter ke sebuah bajaj atau tuk-tuk (teksi roda tiga) yang banyak terdapat di India.
Ternyata Rajeswari mempunyai kekuatan seperti seorang lelaki ketika mendukung lelaki yang sakit itu yang merupakan pekerja di tanah perkuburan selepas jatuh sakit dan tidak sedarkan diri.
Video yang memaparkan usaha murni inspektor wanita ini tular setelah dimuat naik dalam laman Twitter dan turut ditular dalam beberapa laman sosial.
Bagaimanpun nyawa lelaki yang dikenali sebagai Udaya, 25, Itu tidak dapat diselamatkan ketika menerima rawatan.