Seni & Sukan 18 Nov, 2021

Pengaruh media sosial punca perceraian? 6,565 pasangan di Terengganu bercerai Jan 2020 - Okt 2021

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this


PENGARUH media sosial adalah salah satu punca yang menyebabkan berlaku kes perceraian yang membabitkan 6,565 pasangan suami isteri di seluruh Terengganu pada sepanjang tahun 2020 sehingga Oktober 2021.

Selain itu, ia juga berpunca daripada kurang penghayatan agama Islam, tidak bersefahaman dan masalah kewangan yang mendorong pasangan terbabit bercerai.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan perceraian

EXCO kerajaan negeri, Mohd Nor Hamzah.


Pengerusi Jawatankuasa Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, daripada jumlah tersebut ia melibatkan  4,132 kes perceraian yang direkodkan pada tahun 2020, manakala Januari 2021 hingga Oktober 2021 ialah 2,433 kes keruntuhan rumah tangga yang dilaporkan.

Menurutnya, Kuala Terengganu merupakan daerah yang paling tinggi di Terengganu yang berlaku perceraian sebanyak 1,923 kes kemudian diikuti daerah Kemaman (kedua) sejumlah 1,151 kes dan sebanyak 1,003 kes lagi pasangan bercerai berlaku di daerah Dungun (ketiga) dalam tempoh masa terbabit.


IKATAN perkahwinan pada awalnya berjanji sehidup semati.


‘’Kategori umur pasangan yang terbabit dalam keruntuhan rumah tangga tersebut adalah berusia dari 21 tahun hingga 65 tahun,’’ katanya pada sesi soal jawab Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada Selasa 16 November 2021.

Dipetik dari Bernama pada 16 November 2021 memberitahu, Mohd Nor menyatakan demikian ketika menjawab soalan Roslee Daud (BN- Bukit Besi) mengenai kes perceraian yang berlaku di Terengganu sepanjang tahun 2020 dan 2021.

Mohd Nor berkata, berikutan dengan kes perceraian itu, pihak kerajaan negeri bercadang untuk mengadakan pelbagai inisiatif termasuk kursus praperkahwinan bagi mengurangkan kadar perceraian dalam kalangan pasangan suami isteri di negeri itu  bermula pada 2022. - KitaReporters


14
9
0
10
0
You will be interested