Gaya Hidup 21 Aug, 2020

Segaknya Tanjak Merdeka! Menitip semangat patriotisme murid!

@haris fadilah ahmad
Pernah bertugas sebagai 'stringer' Utusan Malaysia dan Utusan Melayu (Jawi) mulai 1987 hingga Oktober 2019.

Share this

MENYEMAI nilai patriotisme dalam kalangan murid sudah menjadi sebahagian daripada peranan utama sekolah dan guru sama ada dilakukan menerusi aktiviti kokurikulum, koakademik mahupun sewaktu sesi pembelajaran. Peranan ini dilihat penting memandangkan nilai patriotisme perlu dipupuk dari usia awal lagi, khususnya di bangku sekolah. : KitaReporters

Detik bersejarah... Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan kata 'merdeka' sebanyak tujuh kali dan mengisytiharkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957. - Kredit foto: pekhabar.com


Lagi cerita-cerita berkaitan sekolah:

https://kitareporters.com/search?search=sekolah


Walaupun kita masih dalam kesabaran menempuh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi memutuskan rantaian wabak COVID-19, namun menjelang ulang tahun kemerdekaan ke-63, program pendidikan yang berunsurkan penerapan jati diri dan sayangkan negara bangsa tetap diberi perhatian oleh semua guru.

Lantaran itu, setiap kali 31 Ogos laungan keramat 'merdeka' tetap signifikan untuk dihayati murid-murid di seluruh negara menerusi pelbagai program yang dirancang oleh guru supaya timbul nilai kecintaan serta penghayatan terhadap sejarah negara berasaskan legitimasi perjuangan negarawan terdahulu.

Murid lelaki prasekolah mengenakan busana baju Melayu sempena kempen mengibarkan Jalur Gemilang

dan aktiviti pengisian program bulan kemerdekaan di SK Limau Purut, Lipis.


Bagi murid prasekolah dan sekolah rendah, program pembelajaran dan koakademik, iaitu pengenalan bahan seperti Jalur Gemilang, logo, bunga raya, gambar tokoh, objek kesenian tertentu dan tarikh penting, 31 Ogos antara perkara asas untuk menerapkan pemahaman mereka mengenai kemerdekaan negara.  

Pada Rabu, 19 Ogos 2020, Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Purut, daerah Lipis telah mengadakan kempen mengibarkan Jalur Gemilang, iaitu antara pengisian Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun 2020 ini yang telah disertai seramai 20 orang guru dan 107 orang murid di situ termasuk Orang Asli.

Program yang bertepatan dengan sempena ulang tahun kemerdekaan ke-63 negara, hujung bulan ini turut melibatkan aktiviti nyanyian lagu patriotik, mengibarkan Jalur Gemilang, mewarna poster 'Malaysia Prihatin' Tahap Satu dan kraf tangan membuat Tanjak Merdeka melibatkan semua murid sebagai tanda patriotisme. 

Guru Besar, Abd Manaf Mat (kanan) bersama guru-guru sedang memasang bendera Malaysia di perkarangan sekolah sempena kempen mengibarkan Jalur Gemilang di SK Limau Purut, Lipis. - Kredit foto: Abd Manaf Mat


Lebih menarik, program di bawah Panitia Sejarah sekolah tersebut telah memperkenalkan cara membuat 'tanjak' atau 'tengkolok' dengan menggunakan kertas dan dihiasi dengan lambang tertentu antara tujuan menitip rasa kecintaan terhadap kesenian busana warisan bangsa Melayu selain itu juga sebagai konotasi semangat perjuangan dan keberanian. 

Mohamad Adham Sufyan Mohd Azlan menggayakan Tanjak Merdeka di SK Limau Purut, Lipis.


ABD MANAF MAT


Guru Besar SK Limau Purut, Abd. Manaf Mat berkata, program itu selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) untuk menyemai nilai patriotisme berasaskan falsafah kemerdekaan tanah air. 

"Kita menerapkan program bercorak patriotisme yang boleh menyemai pemikiran dan mengubah sikap murid luar bandar di sini mengenai erti dan jerih perih perjuangan negarawan (wira) dahulu.

"Bagi menyemai dan mengingati perjuangan wira dahulu menentang penjajah, guru di sini meminta murid membuat tanjak atau tengkolok yang merupakan busana dipakai (bahagian kepala) oleh orang Melayu sebelum merdeka yang juga kelengkapan (pakaian) istiadat raja-raja Melayu sehingga ini," katanya.

Menurut Abd Manaf, program penghayatan kemerdekaan yang mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dan norma baharu itu sangat menarik minat murid SK Limau Purut, khususnya ketika membuat Tanjak Merdeka dilakukan sewaktu pembelajaran di setiap kelas menerusi pemantauan dan tunjuk ajar guru. 

Abd Manaf Mat sedang memantau murid Tahun Tiga, SK Limau Purut, Lipis yang memakai Tanjak Merdeka sambil menikmati makanan waktu rehat. - Kredit foto: Abd Manaf Mat


Sementara itu, Guru Panitia Sejarah, Amirulnizam Zainuddin berkata, program itu dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan murid, sekali gus wahana bagi guru menerapkan nilai cintakan negara, sejarah negarawan dan pakaian orang Melayu, iaitu tanjak.

"Bagi murid Tahap Satu, kita (guru) menyediakan gambar (tema) kemerdekaan, iaitu Malaysia Prihatin dan meminta mereka mewarna mengikut kreativiti masing-masing dan kemudian setelah siap dipamerkan bagi tujuan menimbulkan rasa kebanggaan, sekali gus menitip nilai kasih sayang dan kemanusiaan antara satu sama lain," katanya.

Amirulnizam berkata, acara kemuncak program, iaitu, guru dan kakitangan pentadbiran turut mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kawasan hadapan sekolah, pejabat, kantin, pondok bacaan dan bilik darjah sehinggalah landskap sekolah diwarnai dengan bendera Malaysia.  

Murid Tahun Tiga SK Limau Purut sedang mewarna tema 'Malaysia Prihatin' dan Jalur Gemilang. - Kredit foto: Abd Manaf Mat


WAN MUHAMMAD HABBATUL HAZZLE


Dalam pada itu, pelajar Tahun Tiga, Wan Muhammad Habbatul Hazzle berkata, dia gembira mengenakan tanjak pada kepala setelah dihasil daripada kertas dan kemudian mewarna serta menampal bentuk seperti jalur, bulan sabit, bunga dan akhir sekali dilipat memakan masa selama dua jam.

"Saya gembira kerana pertama kali memakai Tanjak Merdeka yang dibuat sendiri serta dibantu oleh guru. Tanjak ini akan dipakai semasa di sekolah dan meraikan sambutan Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini di rumah nanti. Saya amat berbangga sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya.

DHIYA HUMAIRA CHE AISHAM


Rakannya, Dhiya Humaira Che Aisham berkata, dia sangat teruja kerana diberi peluang oleh guru mewarna tema Malaysia Prihatin dan Jalur Gemilang semasa program tersebut.

"Baharulah saya tahu maksud Malaysia Prihatin sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini setelah diterangkan (diajar) oleh guru ketika hasil kerja kami dipamerkan. Kerja (mewarna) ini cuma mengambil masa selama satu jam kerana saya amat berminat dengan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual," ujarnya. - KitaReporters

Murid lelaki SK Limau Purut, Lipis sedang menggayakan kraf tangan Tanjak Merdeka yang mereka cipta sempena kempen mengibarkan Jalur Gemilang antara pengisian program bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini. 

You will be interested

Kurang tepat, membebankan! SAM mahu SOP kepada media buat liputan bola sepak dikaji semula!

SAM rayu beberapa peraturan kepada media untuk buat liputan pertandingan bola sepak dikaji semula kerana ia dianggap kurang tepat, agak membebankan dan mengarut

PKPP di Terengganu mulai 5 Mac 2021: Aktiviti keagamaan di masjid, surau dibenar diperluaskan

Penganjuran aktiviti agama di masjid, surau seluruh Terengganu akan dibenarkan susulan daripada pelaksanaan PKPP yang akan berkuat kuasa pada Jumaat 5 Mac 2021
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 3 days ago

Pengantin lelaki dihumban keluar dari rumah tingkat dua! Sebab tak mampu sedia hantaran mahal!

Bakal pengantin lelaki alami cedera patah tulang selepas dicampak keluar lalu tingkap dari tingkat dua bangunan kediaman di Mesir oleh ahli keluarga tunangnya
Amil Abdullah Saiby in Gaya Hidup 4 days ago

Pak Mat Serunding teruskan resipi arwah ibu! Kini sibuk dengan kedatangan Ramadan, hari raya!

Mohamed Ismail atau Pak Mat Serunding dari Kampung Laut, Tumpat semakin sibuk dengan kedatangan bulan Ramadan dan musim perayaan. Turut hasilkan serunding arnab
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 5 days ago

Video| Erul Samah 'Tak Bisa' tolak imej K-Pop! Cipta single terbaharu lebih hebat, bertenaga!

Erul Samah cipta lagu Tak Bisa bagi kembali hangatkan industri muzik setelah hampir dua tahun menyepi. Masih dengan imej K-Pop dengan fokus kepada kekuatan lagu
Fariza Saidin in Gaya Hidup 5 days ago