Gaya Hidup 19 Oct, 2021

Nak bersukan, beriadah? Boleh je! Tapi jangan lupa patuhi SOP! Jangan ghairah sampai lupa SOP!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Zaidi Japar (dua dari kanan) mendengar penerangan urus setia Program Kayuhan Keluarga Malaysia bersempena Hari Sukan Malaysia.


ORANG ramai khususnya penduduk di sekitar daerah Batu Pahat diingatkan supaya memanfaatkan sebaik mungkin kelonggaran yang diberikan kerajaan untuk melakukan aktiviti beriadah termasuk bersukan dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Johor, Zaidi Japar, berkata hampir dua tahun ibarat berkurung tanpa dapat melakukan sebarang aktiviti luar rumah atau secara berkumpulan di tempat awam amat perit bagi sesetengah orang.

Menurutnya,  peluang diberikan sekarang bukan bermaksud boleh melakukan aktiviti itu terlalu bebas tanpa sekatan sebaliknya hendaklah sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid-19 yang ditetapkan termasuklah ketika hendak beriadah bersama keluarga atau bersukan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan beriadah

Sebahagian daripada 60 peserta Program Kayuhan Keluarga Malaysia bersempena Hari Sukan Malaysia tidak sabar memulakan kayuhan sementara menunggu dilepaskan Zaidi (kiri).


“Apabila memasuki satu-satu kawasan seperti taman rekreasi, gelanggang atau dewan permainan untuk bersukan kenalah mematuhi SOP yang ditetapkan seperti mendaftar masuk dan keluar menggunakan MySejahtera selain membuat pemeriksaan suhu badan. 

“Jangan sekali-kali mengingkari peraturan yang dibuat itu sebaliknya menghormati  pengawal keselamatan yang bertugas kerana langkah itu adalah untuk keselamatan serta kesejahteraan kesihatan kita semua,” katanya pada majlis perasmian Program Kayuhan Keluarga Malaysia bersempena Hari Sukan Malaysia dan Kejohanan Petanque Tertutup Johor di Batu Pahat, pada 16 Oktober 2021 lalu.


Zaidi mendaftar Mysejahtera dan membuat pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki padang petanque.


Kira-kira 60 peserta mengambil bahagian dalam program kayuhan berkenaan yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penyelaras Khas DUN (JPKD) Penggaram dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Parit Bilal, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Hajat, Batu Pahat Cycling Project, IDAMAN dan Indah Parit Bilal.

Peserta program yang membabitkan ramai dalam kalangan anak muda itu berkayuh secara santai sejauh 18 kilometer sekitar kawasan DUN Penggaram sambil beramah mesra dengan penduduk sepanjang laluan.


Zaidi merasmikan Galeri Arena Petanque Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), di Taman Flora, Batu Pahat.


Pada program berasingan, bersempena Kejohanan Petanque Tertutup Johor, Zaidi yang juga Pengerusi JPKD Penggaram merasmikan Galeri Arena Petanque Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP), di Taman Flora, Batu Pahat. 

Selaku Ahli Majlis MPBP beliau turut menghulurkan sumbangan bagi memastikan kejohanan yang mendapat  48 penyertaan dari seluruh Johor itu berjalan lancar selain dapat mencungkil bakat muda dalam sukan berkenaan.

Hadir sama pada majlis itu Timbalan Presiden Persatuan Petanque Negeri Johor, Rafi Daud dan Pengerusi Teraju Kebajikan UMNO bahagian Batu Pahat, Mohd Hamidi Madtap.


Hamidi Mat Tap (kiri) dan Zaidi mencuba petanque sebagai bermulanya Kejohanan Petanque Tertutup Johor.


Hamidi menurunkan kerusi roda dan katil hospital untuk disumbangkan kepada Mohd Khai.


Sementara itu dalam majlis terdahulu, Hamidi Mat Tap menyampaikan sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Happy Care yang diketuai Sheron Tee berupa katil hospital dan kerusi roda kepada saudara baharu, Mohd Khai Abdullah yang menetap di Taman Bukit Flora, Batu Pahat.

Hamidi berkata, Mohd Khai yang memiliki lima anak amat memerlukan kemudahan itu untuk memudahkan dia bergerak bagi mendapatkan rawatan dan melakukan kerja ringan kerana menghidapi pelbagai penyakit.

“Saya berharap jiran tetangga dan mereka yang dermawan untuk membantu meringankan bebanan ditanggung oleh Mohd khai dan keluarga kerana isteri beliau merupakan juga saudara baharu hanya bekerja mengambil upah menjahit baju di rumah,” katanya. - KitaReporters


Sheron Tee (kiri) dan Mohd Hamidi menerangkan penggunaan peralatan sokongan perubatan untuk digunakan Mohd Khai.

24
7
0
10
0
You will be interested

Video| Sorry naik lori? Kahwin naik lori! Pasangan pengantin diarak naik lori ke majlis kahwin!

Sepasang suami isteri telah memilih untuk berarak ke majlis perkahwinan mereka dengan naik lori bawa barang dengan sangat meriah. Dapat pujian daripada netizen

Ini barulah raya! Kutip sampah pakai baju raya! Program gotong royong bersihkan Pantai Batu Buruk!

Trash Hero Malaysia dengan kerjasama Green Ranger UMT dan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UMT anjur program gotong royong pembersihan pantai pakai baju raya
Mohammad Ishak in Gaya Hidup 10 hours ago

Keluarga Malaysia ceriakan Aidilfitri warga emas, anak yatim! Usaha Al-Fikrah, Sukarelawan Kasih!

Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia di Kpg Sungai Sekamat, Kajang dan Pertubuhan Sukarelawan Kasih anjuran sambutan Aidilfitri bagi ceriakan warga emas, anak yatim
Rosdi Ismail in Gaya Hidup 11 hours ago

Video| Anuar akui sukar cari keserasian bersama Ziana! Yakin konsert 6 Ogos momen kolaborasi indah!

Penyanyi adik beradik Ziana Zain dan Anuar Zain bakal kolaborasi dalam konsert skala besar di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022 di Dewan Plenary, KLCC Kuala Lumpur
Fariza Saidin in Gaya Hidup 12 hours ago

Sukan SEA 2021: Malaysia terkandas di separuh akhir! Tindakan kurang bijak dihukum pemain Vietnam!

Satu tindakan kurang bijak daripada pemain pertahanan negara bolehkan Vietnam jaring gol pada masa tambahan, sekali gus bawa tuan rumah ke akhir Sukan SEA 2021
Mohd Amirul Fazli Zulkafli in Gaya Hidup 1 day ago