Seni & Sukan 23 Oct, 2021

Video| Peluang Kedua peluang kejayaan bagi Nabila Razali! Anugerah 2x Platinum! Jualan RM400k!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this



KETIKA lagu ‘Peluang Kedua’ dipertandingkan pada peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 35, penyanyi asalnya Nabila Razali terpaksa tarik diri gara-gara mengalami masalah kotak suara dandigantikan oleh komposernya sendiri Hael Husaini sehingga berjaya lolos ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-35.

Dan jika anda masih ingat, pada pentas AJL35, Nabila mendapat peluang kedua untuk beraksi kembali namun persembahannya mendapat kritikan netizen yang mendapati ada masa nyanyiannya tergelincir.

Selepas ini tiada lagi peluang kedua atau ketiga buat Nabila Razali,” antara komen netizen yang dilayangkan dalam platform sosial media ketika itu.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Nabila Razali


Nabila menerima Anugerah 2x Platinum daripada Hermond Cheng, Pengarah Artis & Repertoire Dan Pemasaran Ketua Def Jam Malaysia. - Kredit foto: IG nabila.razali


Tetapi itu dahulu, berita terbaharu siapa sangka lagu ‘Peluang Kedua’ tetap teguh dengan pelbagai peluang lain diraih oleh penyanyi bernama penuh Nur Nabila Mohd Razali, 28, ini.

Selepas lebih setahun dilancarkan, ‘Peluang Kedua’ berjaya meraih Anugerah 2x Platinum iaitu hasil melebihi RM400,000 dalam semua platform penstriman (streaming) dan YouTube. 

“Alhamdulillah ini merupakan pencapaian terbaik Bella buat masa ini. Penat lelah kami satu pasukan berbaloi dengan penjualan lagu ini.  

"Saya juga tak sangka lagu 'Peluang Kedua' ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan, “ ujar Nabila meluahkan rasa syukur sambil menganggap ia satu pencapaian terbaik buat dirinya.

Lagu ciptaan oleh Hael Husaini dan MFMF itu meraih Anugerah 2x Platinum kerana memenuhi kriteria berjaya mendapat hasil sehingga RM400,000 yang merupakan syarat untuk mendapat Platinum Award iaitu sesebuah lagu itu haruslah meraih hasil sebanyak RM200,000.



Mengulas lanjut, Nabila berpendapat, faktor utama kejayaan itu pastinya disebabkan lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu sendiri merupakan produk yang bagus dan berkualiti. 

Sebagai penyanyinya, Nabila memberitahu, beliau sentiasa memastikan lagu yang dinyanyikan dipromosi sebaik mungkin dan disukai oleh pendengar. 

“Bagi Bella, setiap produk yang dikeluarkan itu haruslah berkualiti dan bukan syok sendiri supaya hasilnya bukan kita sahaja suka, tetapi peminat juga suka dan boleh relate dengan lagu tersebut. 

"Ini merupakan satu faktor yang sangat penting tentang kejayaan lagu 'Peluang Kedua'  dan semua lagu yang bakal dikeluarkan oleh Bella,” kata Nabila membahasakan dirinya Bella. 

Dalam perkembangan lain, Nabila memberitahu, dia bakal melancarkan lagu baharu tidak lama lagi yang mana seperti ‘Peluang Kedua’, dia berharap agar lagu berkenaan juga mendapat sambutan hangat pendengar muzik Malaysia.

“Saya berharap peminat akan terus menyokong lagu baharu saya yang akan keluar tidak lama lagi,” akhirinya. - KitaReporters


Nabila sewaktu membuat persembahan pada pentas akhir AJL35. Kredit foto: IG nabila.razali.

14
17
0
11
0
You will be interested