Seni & Sukan 16 Jun, 2022

Video| Penghayatan Padamu Fattah Amin! Kekalkan lagu ketuhanan! Akan muncul dalam filem Mat Kilau!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this


SELEPAS ‘Kiriman Agung’, ‘Sinar Selawat’ dan Hamba, pelakon dan penyanyi Fattah Amin  terus mengekalkan konsep ketuhanan dalam lagu terbaharunya, ‘Padamu’ sehingga terpaksa mengubah semula senikata asal lagu tersebut demi disesuaikan dengan jalan cerita yang diinginkan.

“Lagu ini mengisahkan tentang rasa seorang hamba pada pencipta-Nya yang sentiasa percaya pada-Nya. Walaupun sehebat mana kejayaan yang kita kecapi atau sedalam mana kegagalan yang kita alami, kita masih tetap rasa cinta dan syukur di bawah peliharaan dan lindungan-Nya,” ujar pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, pada majlis bersama media yang berlangsung di ibu pejabat Universal Music Malaysia pada 15 Jun 2022.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan selebriti Fattah Amin

n


Menurut suami kepada pelakon terkenal, Nur Fazura Sharifuddin ini, beliau terpaksa meminta pihak Universal Music kebenaran untuk mengubah semula lirik lagu kepada maksud yang dikehendakinya.

“Melodi asal lagu ini sebenarnya dicipta oleh Ikhwan. Cuma liriknya telah diubah semula setelah saya berkongsi dengan Universal Music mengenai hala tuju dan maksud yang saya mahukan untuk lagu terbaru saya itu," jelasnya.

Berpegang teguh kepada prinsip itu, Fattah menterjemahkannya kepada komposer dan penyanyi Ikhwan Fatana dan Wan Salleh yang menciptakan ‘Padamu’.

“Selepas mendengar kisah yang saya diceritakan, Ikhwan selaku penulis lirik telah mengubah semula senikata berdasarkan mesej yang ingin saya kongsikan itu,” kata ayah kepada Nur Fatima Aisya, yang berusia hampir 2 tahun ini.



Dilihat cukup selesa merakamkan lagu berunsur ketuhanan, Fattah menyifatkan lagu sebegini mampu menjadi terapi jiwa kepada mereka yang mendengarnya.

Baginya, walaupun satu demi satu kejayaan diraih dalam dunia seni mahu pun kehidupan peribadinya beliau tidak pernah menjadikan dirinya lupa dari mana asal usulnya.

Malah menurut Fattah, jika berlaku kegagalan ataupun doa yang belum dimakbulkan, sebagai hamba jangan pernah bersangka buruk kepada Allah dan teruslah melafazkan rasa syukur atas segala kurniaan ataupun ujian yang diberikan.

“Contohnya untuk pendengar lain termasuk pada kita yang juga hamba-Nya supaya sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan dan sentiasa beringat supaya tidak lupa dan alpa dalam menjalani kehidupan seharian,” pesan pelakon yang mula meraih kemasyhuran selepas bergelar Juara Hero Remaja 2011/2012 ini.


Foto kredit: Instagram @fattzuralovelife.


Berkongsi pengalaman di studio, Fattah meluahkan rasa syukur kerana proses rakaman lagu itu berjalan lancar.

“Saya amat berterima kasih dengan Wan Salleh yang banyak membantu saya ketika proses rakaman berlangsung,” ungkapnya.

Menggunakan khidmat komposer dan penulis lirik yang berbeza walau pun masih memilih genre kerohanian yang selesa dengan jiwanya, namun Fattah mengakui berdepan cabaran untuk menghasilkan video muzik (MV) ’Padamu’  berikutan tarikhnya bertembung ketika umat Islam sedang membuat persiapan untuk menyambut lebaran.

“Bagaimanapun kami tidak melihat perkara itu sebagai satu halangan kerana bagi saya yang penting adalah mesej dan rasa yang saya nak sampaikan pada pendengar,” tambah Fattah sambil memberitahu, walaupun pembikinan MV berlaku sedikit lewat memandangkan beliau mahukan ia dilancarkan selepas hari raya, beliau tetap rasa puas dengan hasilnya yang nampak ringkas tetapi bermakna.

Sambung Fattah, sungguh pun lagu ‘Padamu’  dilancarkan dalam semua pelantar digital pada April 2022 iaitu berdekatan tarikh perayaan Aidilfitri sehingga terpaksa bersaing sedikit dengan lagu-lagu raya namun beliau yakin dapat menambat hati pendengar dan berharap muzik video yang baharu dipertontonkan melalui YouTubenya pada 9 Jun lalu mendapat perhatian peminatnya. 



Terbaharu, lakonan Fattah Amin bakal diuji melalui watak ‘Awang’ yang dipegang dalam filem epik termahal negara, “Mat Kilau’ terbitan Studio Kembara arahan pengarah prolifik, Syamsul Yusof yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 23 Jun 2022 ini.

Bagaimana lakonannya? Kita saksikan bersama nanti ya. - KitaReporters.


17
11
0
14
0
You will be interested