Seni & Sukan 30 Apr, 2022

ACL 2022: Tahniah JDT, TMJ! Jaringan sendiri bantu mara ke pusingan seterusnya! JDT cipta sejarah!

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this



JARINGAN sendiri oleh pemain gantian Ulsan Hyundai pada masa kecederaan sudah cukup untuk memastikan kemenangan 2-1 Johor Darul Ta'zim (JDT) dan sekali gus layak ke pusingan seterusnya selaku Juara Kumpulan I dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.

Kedua-dua pasukan turun dalam misi wajib menang untuk layak namun ternyata rezeki lebih memihak kepada pasukan tuan rumah. 


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Liga Juara-Juara Asia (ACL)


Bermula garang dengan jaringan awal daripada Leandro Sebastian Velazquez menerusi sepakan percuma yang cantik, namun jaringan itu hanya bertahan seketika apabila Jun Amano menyamakan kedudukan selang seminit kemudian. 

Kedua-dua pasukan terus mempertingkatkan tempo permainan bagi mencari gol tambahan. 

Dengan gaya permainan menyerang, JDT dlihat lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol sehinggalah serangan terakhir daripada JDT menerusi gerakan cantik sebelum Park Yeon-woo tertampan gol sendiri.



Kemenangan 2-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan I ini juga membuatkan JDT mencipta sejarah sebagai kelab Malaysia yang pertama layak ke pusingan seterusnya ACL 2022 ini

Pujian tetap diberikan kepada pemain JDT yang tetap serang sehingga minit terakhir permainan. Malah gaya permainan skuad bimbingan Benjamin Mora juga boleh dikatakan berada 'level' setaraf pasukan terbaik di Asia ketika ini. 

Ini sampai ke tahap apa yang JDT kecapi ketika ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana bertahun-tahun mereka mencuba dan kali ini percubaan mereka ternyata membuahkan hasil. 

Bermain di halaman sendiri dan di hadapan penyokong setia ternyata memberi kelebilhan kepada skuad Harimau Selatan ini. - KitaReporters


17
13
1
10
0
You will be interested