KHATAM al-Quran yang bermaksud tamat berasal dari perkataan
Arab dan program seumpama itu biasa dilakukan oleh pihak tertentu terutama pada
bulan Ramadan yang mulia ini.
Majlis khatam al-Quran biasanya disertai orang dewasa termasuk kaum wanita di kampung-kampung dan mereka bergilir-gilir membaca al-Quran sehingga tamat.
Dalam hal ini, Wanita UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri, Terengganu dikatakan tidak ketinggalan dengan pihak lain apabila ia menganjurkan program tersebut di Surau Al-Faizin, Kampung Putera Jaya, Bandar Permaisuri, Setiu pada Jumaat, 15 April 2022 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kitab al-Quran
ADB HALIM Jusoh menyampaikan cenderahati kepada seorang peserta program Khatam al-Quran DUN Permaisuri, Setiu.
ROSIDAH Mokhtar menyampaikan cenderahati kepada peserta program Khatam al-Quran peringkat DUN Permaisuri di Surau Faizin, Kampung Putera Jaya, Setiu pada 15 April 2022.
Malah program Khatam al-Quran pada bulan Ramadan 1443 Hijrah itu yang merupakan acara tradisi bagi Pergerakan Wanita UMNO tersebut yang sentiasa diadakan setiap tahun dan masih mendapat sambutan menggalakkan apabila ia disertai 72 peserta wanita dalam kalangan ahli-ahli di DUN berkenaan.
Program berkenaan dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Permaisuri, Datuk Abd. Halim Jusoh dan isterinya, Datin Rosidah Mokhtar.
Hadir sama ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu, Wan Nasiah Wan Abd. Majid.
SEBAHAGIAN peserta wanita UMNO yang menyertai program Khatam al-Quran peringkat DUN Permaisuri.
Abd. Halim ketika berucap di majlis itu berkata seseorang
yang sentiasa membaca al-Quran di sepanjang bulan Ramadan memiliki banyak keistimewaan
yang tersendiri.
Menurutnya, setiap Muslim amat digalakkan mendekatkan dirinya dengan kitab suci al-Quran dan akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah SWT.
“Dalam program ini, saya turut merasa gembira dengan penyertaan kaum wanita di DUN ini pada program yang dianjurkan itu mendapat banyak manfaat terhadap mereka,’’ katanya.
MAR AINI IBRAHIM
Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Wanita UMNO DUN
Permaisuri, Mar Aini Ibrahim berkata pada awalnya pihaknya tidak menjangkakan
program itu mendapat sambutan yang mengalakkan dalam kalangan peserta.
“Syukur, Alhamdulillah kerana majlis ini mendapat sambutan yang baik kerana mereka datang bersama untuk berhimpun dalam satu majlis terutama pada bulan Ramadan.
“Dengan penyertaan mereka pada program ini, Wanita UMNO di DUN ini bukan sahaja membabitan diri dengan kegiatan kemasyarakatan dan sosial sahaja malah mereka turut meluangkan masa untuk hadir ke majlis keagamaan seperti ini,’’ katanya yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Setiu.
Dalam pada itu, Wanita UMNO cawangan Bukit Munduk di DUN Langkap turut mengadakan program yang sama pada Jumaat 15 April 2022. - KitaReporters